Niat asal ketika membeli span mandi atau loofah selalunya untuk memastikan badan menjadi lebih bersih selepas mandi. Dengan sabun yang berbuih banyak, ramai rasa seperti sedang menikmati rawatan spa di rumah sendiri.
Namun tanpa disedari, alat yang digunakan untuk membersihkan diri itu sebenarnya boleh bertukar menjadi tempat pembiakan kuman jika tidak dijaga dengan betul, menurut Public Health Malaysia (PHM).
FAKTA SPAN MANDI ORANG SUKA MENYENTAL WAJIB TAHU

Gambar hiasan: Gemini AI
Berikut beberapa fakta penting yang dikongsikan:
1. Fungsi utama span mandi
- Digunakan untuk menanggalkan sel kulit mati dari badan
- Sel kulit mati tersebut akan terperangkap di celah jaring span
2. Bilik air persekitaran ideal untuk kuman
- Panas, lembap dan tertutup
- Menjadi tempat sesuai untuk bakteria membiak dengan cepat
3. Span mandi boleh jadi “sarang bakteria”
- Bakteria seperti Pseudomonas aeruginosa boleh membiak
- Kulat juga mudah tumbuh jika span tidak dikeringkan dengan betul, menurut Public Health Malaysia (PHM)
KESAN JIKA GUNA YANG KOTOR
Jika span mandi yang sama digunakan berulang kali tanpa ditukar, bakteria boleh berpindah ke kulit ketika mandi. Antara kesan yang boleh berlaku:
- Kulit gatal dan iritasi
- Jerawat badan sukar hilang
- Ruam atau jangkitan kulit
- Kulit menjadi lebih sensitif
Situasi ini sering berlaku tanpa disedari kerana ramai menganggap span masih “bersih” selagi ia tidak berbau.
Baca juga: Masak Penat-Penat Tapi Tak Lapar, Pelik Kan? Rupanya Otak Dah ‘Makan’ Dulu, Ini Sains Disebaliknya

CARA BETUL JAGA SPAN MANDI
Untuk mengelakkan masalah kulit, beberapa langkah ini boleh diamalkan:
- Tukar span mandi sekurang-kurangnya sebulan sekali
- Keringkan span selepas setiap penggunaan
- Gantung di kawasan yang ada pengudaraan baik
- Elakkan biar span sentiasa lembap dalam bilik air
Jangan tunggu sampai jadi sarang kuman
Span mandi yang kelihatan masih elok mungkin sudah menyimpan berjuta bakteria tanpa disedari. Jika sudah lama digunakan, atau bentuknya sudah rosak dan berbau, sebaiknya segera ditukar.
Kadang-kadang, kebersihan badan bukan hanya bergantung pada sabun yang digunakan, tetapi juga pada alat yang kita gunakan setiap hari.
Baca juga: Tak Sangka Gula Merah Jadi Penyelamat! Wanita Lega Batuk Teruk, Kahak Keluar Lepas Kemam Perlahan
Sumber: Facebook Public Health Malaysia
FT Image: Gemini AI
