Pernah atau tidak anda rasa ‘click’ dengan seseorang sebaik sahaja pandang mata mereka buat kali pertama? Itulah yang ramai panggil jatuh cinta pandang pertama. Di mana, ia merupakan perasaan kuat dalam hati seolah-olah kita mengenali seseorang itu lebih lama daripada masa sebenar.
Fenomena ini bukan hanya kisah dalam novel romantik, tetapi ada sebab di sebaliknya yang boleh dijelaskan secara saintifik dan psikologi.
FAKTA MENARIK TENTANG JATUH CINTA PANDANG PERTAMA
Apa itu cinta pandang pertama?
Dalam budaya popular, cinta pandang pertama memang sering dipaparkan sebagai satu detik magik: mata bertentang mata, hati terus terpaut dan kita percaya itu adalah satu ‘takdir’.
Namun menurut kajian saintifik, apa yang dirasakan itu selalunya merupakan tarikan atau infatuasi yang sangat kuat, bukan cinta dalam erti hubungan jangka panjang.
SAINS DI SEBALIK PERASAAN ITU
Kenapa perasaan klik itu boleh berlaku begitu pantas? Menurut penyelidikan, fenomena ini bukan semata-mata ada dalam fikiran tetapi tubuh kita sebenarnya memberi respons fizikal.
- Bahan kimia dalam otak:
Apabila seseorang menarik perhatian kita secara tiba-tiba, otak akan melepaskan neurotransmitter seperti dopamine dan oxytocin, hormon yang dikaitkan dengan rasa bahagia dan keterikatan. - Reaksi tubuh yang kuat:
Ada yang mengalami degupan jantung yang lebih laju, rasa ‘butterflies‘ di perut, bahkan mata mungkin membesar ketika melihat seseorang yang menarik. Ini semua disebabkan kombinasi hormon yang membuat kita rasa sesuatu itu istimewa. - Deria lain turut terlibat:
Ada teori bahawa bau, suara, rupa, cara berjalan atau ekspresi wajah juga memainkan peranan dalam tarikan awal. Walaupun, kita mungkin lebih fokus kepada apa yang kita rasa dan lihat terlebih dahulu.

Gambar hiasan: Gemini AI
Adakah ia benar cinta?
Walaupun perasaan itu sangat nyata, ramai pakar berpendapat bahawa apa yang dialami pada saat pertama bertentang mata itu lebih tepat disebut sebagai tarikan atau keinginan, bukan cinta matang yang biasa berlaku selepas kenal lama.
Ini kerana cinta sejati biasanya melibatkan:
- memahami nilai dan karakter seseorang
- komunikasi jujur
- berkongsi masa dan pengalaman bersama
Kesemua ini memerlukan masa dan hubungan yang lebih mendalam, di mana sesuatu yang tidak boleh dicapai hanya dalam satu detik pertama pertemuan.
Pandangan berbeza
Terdapat juga pendapat bahawa cinta pandang pertama memang wujud, cuma ia berbeza bagi setiap individu. Sesetengah orang percaya mereka merasakan ‘ada sesuatu’ sejak pandangan pertama dan hubungan itu kekal hingga ke jinjang pelamin.
Lebih menarik lagi, ada pasangan yang berkongsi cerita mereka terus tertarik pada pandangan pertama dan kini telah berkongsi hidup bersama bertahun-tahun kemudian.
Jadi, realiti atau mitos?
Secara ringkasnya:
- Cinta pandang pertama memang boleh berlaku, di mana ia sebagai tarikan fizikal dan emosi yang kuat.
- Dari segi sains, ia lebih berkaitan dengan reaksi kimia dalam otak dan pengaruh fisiologi.
- Namun dari segi cinta dewasa yang stabil, ia memerlukan lebih daripada sekadar pandangan pertama yang memerlukan masa, pemahaman dan ikatan yang dibina dari hati ke hati.
Sumber: LiveScience / ABC.net / MentalFloss
FT Image: Gemini AI

