Euforia Bola 2026
Inspirasi

Pempengaruh Faiz Aizif Dijemput Rasmi Majlis Anugerah Sekolah, Siap Belanja Tablet Untuk Pelajar!

MAJLIS ANUGERAH AKADEMIK

Pempegaruh media sosial dan usahawan, Faiz Aizif, di laman TikTok ada berkongsi momen di mana dia dijemput ke sebuah sekolah bagi merasmikan Majlis Anugerah Akademik Mudzafar Shah di SK Sultan Mudzaffar Shah.

Menerusi penjelasan yang dikongsikan itu, Faiz menegaskan bahawa jemputan tersebut diterima atas kapasiti seorang usahawan dan pengarah urusan syarikat, bukan sebagai individu politik atau berkepentingan lain.

Baca juga: Ibu Cari Hampir Setengah Jam, Anak Ditemui Meninggal Dalam Istana Belon Yang Dikempiskan

FAIZ AIZIF TERHARU DIJEMPUT RASMI MAJLIS ANUGERAH AKADEMIK

MAJLIS ANUGERAH AKADEMIK

“Untuk makluman, saya datang ke sekolah tersebut atas tiket seorang usahawan. Saya hadir sebagai pengarah urusan syarikat saya sendiri untuk memberi suntikan semangat kepada para pelajar agar belajar lebih agresif dan jadi seorang yang berjaya,” jelasnya.

Menurut Faiz, dia pada awalnya sedikit terkejut apabila menerima undangan tersebut. Bagaimanapun, atas dasar menghormati hubungan baik dengan semua pihak, beliau tidak menolak jemputan itu.

“Pada awalnya saya pelik juga kenapa saya dijemput, tetapi untuk menjaga hubungan dengan semua orang, saya terima jemputan itu. Lagipun topik yang perlu saya sampaikan sesuai dengan majlis kecemerlangan,” katanya.

Faiz menegaskan bahawa peranannya hanyalah untuk menyampaikan amanat motivasi dan meraikan kejayaan murid-murid sekolah berkenaan.

 “Saya bukan YB, saya cuma seketul Faiz yang menjadi perasmi Majlis Anugerah Akademik Mudzafar Shah,” ujarnya berseloroh.

Dia juga menyifatkan peluang itu sebagai satu penghormatan yang besar kerana dapat menyumbang secara langsung kepada pembinaan keyakinan dan motivasi pelajar sekolah rendah.

MAJLIS ANUGERAH AKADEMIK

Faiz berharap perkongsiannya dapat membuka ruang inspirasi kepada pelajar untuk lebih berusaha dan percaya bahawa kecemerlangan boleh dicapai melalui kesungguhan dan disiplin tanpa mengira latar belakang.

“Alhamdulillah. Saya salah seorang waris yang hadir sama sewaktu Faiz datang sekolah anak saya yang turut menerima anugerah. Pada saya, kedatangan Faiz memang terbaik dan sesuai sebab Faiz memberi kata-kata semangat yang bagus untuk murid-murid.

“Anak saya sendiri yang darjah 1 ingat apa yang Faiz ucapkan agar sentiasa berusaha dalam pelajaran. Terima kasih Faiz seorang anak muda usahawan jutawan Kedah yang datang bukan dengan tangan kosong malah turut memberi hadiah berupa tablet kepada beberapa pelajar cemerlang. Terima kasih Faiz atas budi baik awak terhadap anak-anak dan sekolah kami,” komen seorang ibu.

Baca juga: Goda Tak Terangsang & Kerap Bergaduh Tanpa Punca? Rupanya Ada Kaitan Dengan Sihir Kunci Nafsu, Hati-Hati…

Sumber: TikTok Faiz 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×