Dalam dunia sekarang, hampir semua orang bergantung pada Face ID sebagai kunci keselamatan telefon. Senang, cepat dan selamat. Namun, tak ramai sedar ada sisi lain yang cukup meruntun hati apabila ia melibatkan insan tersayang yang sudah tiada.
Itulah yang dikongsikan oleh Zulhilmi Khairuddin di laman Threads apabila mereka cuba membuka iPhone milik arwah seseorang bagi mendapatkan nombor penting tetapi gagal, walaupun sudah menghalakan telefon ke wajah arwah berkali-kali.
Baca juga: Wanita, Hati-Hati! Ramai Anggap Remeh, Tapi Inilah 5 Dosa Harian Yang Paling Berat Di Sisi Allah
GUNA FACE ID TELEFON ORANG DAH MENINGGAL UNTUK KECEMASAN, TAK LEPAS!

Foto: freepik
“Kami cubalah nak unlock guna Face ID… buka mata, halakan phone depan-depan. Cuba dua kali pun tak berjaya,” tulisnya.
Niat mereka bukanlah untuk menceroboh privasi sesiapa. Mereka cuma mahu mencari nombor waris arwah untuk memaklumkan berita pemergiannya. Namun, semua maklumat penting itu terkunci di dalam telefon, dan mereka langsung tidak dapat mengakses apa-apa.
Akhirnya, mereka terpaksa berhenti mencuba dan telefon diserahkan semula kepada keluarga arwah apabila tiba di tempat kejadian.
Kenapa Tak Berfungsi Pada Wajah Orang Meninggal? Wanita Kongsi Kisah…

Foto: freepik
Menurut Zulhilmi, ramai tak tahu bahawa secara teknikalnya, Face ID memang mustahil berfungsi pada seseorang yang telah meninggal dunia. Ini kerana:
1. Face ID perlukan pergerakan mata (Attention Detection)
Apple menetapkan ciri keselamatan yang memerlukan mata terbuka dan fokus mikro pada otot wajah. Mayat tidak mempunyai sebarang pergerakan mata atau fokus dan sebab itu sistem terus menolak bacaan.
2. Bacaan infra merah berubah apabila darah berhenti mengalir
Face ID menggunakan teknologi pengesanan kedalaman inframerah. Apabila aliran darah berhenti, tona kulit dan struktur wajah berubah lalu menyukarkan bacaan.
3. Ciri anti-paksaan
Telefon tidak boleh dibuka walaupun pemilik tidur, tidak sedarkan diri atau meninggal dunia. Ini antara ciri keselamatan paling ketat yang dibuat oleh Apple.
Perkongsian itu mendapat banyak reaksi dan ada yang menceritakan pengalaman sendiri membuatkan ramai pembaca sebak membacanya. Seorang wanita, Amelia Ahmad, berkongsi perubahan pada wajah arwah suaminya sebelum meninggal pun tidak dapat menggunakan Face ID.
“40 hari sebelum meninggal pun tak boleh. Saya perasan suami saya kena tukar Face ID sebab tak detect. Rupanya mata dan hidung dah jatuh..” tulisnya.
Jadi, antara langkah yang boleh dibuat sekiranya timbul hal-hal kecemasan adalah:
- Simpan kata laluan penting dalam password manager yang boleh dikongsi dengan pasangan atau ahli keluarga terdekat.
- Backup data ke cloud.
- Letakkan nombor kecemasan dalam tetapan Medical ID di iPhone atau Emergency Info untuk Android.
- Pastikan ada sekurang-kurangnya seorang ahli keluarga yang tahu cara akses akaun penting (email, bank, kerja).
Mungkin benda ini nampak kecil, tapi ketika saat genting, ini sangat memudahkan urusan keluarga.
Sumber: Threads
