Exploding Content 2025 kembali dengan membawa dimensi baharu dalam dunia kandungan digital. Dianjurkan oleh REV Media Group, acara ini akan berlangsung dari 30 September hingga 2 Oktober di Basecamp Bangsar, menandakan kali kelapan ia diadakan sejak diperkenalkan pada tahun 2017.
Tahun ini, tema utama yang diketengahkan adalah Experience Content, dengan slogan “Kempen Direalitikan Dalam Kehidupan”. Pendekatan ini membawa maksud lebih mendalam, bukan sekadar memperkenalkan idea dan platform, tetapi menunjukkan bagaimana kandungan boleh dihidupkan dan dialami secara nyata oleh pengguna.
Baca juga: SKMM Perkenal UCEM, Apa Maksudnya Untuk Anda Sebagai Pengguna Digital?
EXPLODING CONTENT 2025 KEMBALI, BAWAKAN PENGALAMAN SECARA LANGSUNG

Buat pertama kali, Basecamp Bangsar dipilih sebagai lokasi rasmi dengan dua sesi harian iaitu pada jam 10.00 pagi dan 3.00 petang.
Berbeza daripada tahun-tahun sebelum ini, edisi 2025 menampilkan pengalaman interaktif yang membolehkan pengunjung menyaksikan sendiri bagaimana kandungan dicipta, mengapa ia relevan dan bagaimana ia mampu membina hubungan emosi bersama penonton.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif REV Media Group, Samuel Wee, pendekatan tahun ini memberi penekanan terhadap pengalaman langsung yang menghubungkan pengguna dengan jenama.
“Exploding Content kali ini membawa makna yang lebih luas. Kami ingin mencipta satu ruang di mana kandungan bukan sahaja dilihat, tetapi dialami. Melalui pameran interaktif dan aktiviti bermakna, jenama berpeluang untuk ‘menghidupkan’ kempen mereka bersama para pengunjung,” katanya.
Antara yang menjadi tumpuan utama tahun ini adalah tiga tema penting yang mencerminkan arah aliran kandungan digital masa kini:
Reaksi Berantai – bagaimana kandungan yang berkualiti mampu mencetus momentum dan mencipta gelombang respons berterusan.
Budaya ke Kandungan – melihat bagaimana elemen budaya dan kecerdasan buatan (AI) boleh disatukan dalam mencipta naratif baharu yang memberi impak.
Himpunan Komuniti – menekankan pentingnya hubungan tulen dengan komuniti dalam memastikan kandungan tidak hanya didengari, tetapi dirasai dan diingati.
Sejak diperkenalkan pada tahun 2017, Exploding Content telah menjadi antara acara pemasaran yang dinantikan dalam industri media. Ia bermula sebagai ruang untuk memahami perubahan tingkah laku pengguna dan kini menjadi platform yang merangkumi strategi pemasaran, kandungan kreatif serta penggunaan teknologi dalam dunia komunikasi jenama.
Exploding Content 2025 menyasarkan golongan profesional dalam industri seperti pemasar, pengurus produk dan jenama, pemilik perniagaan serta perancang media yang ingin mendalami masa depan kandungan digital dan bagaimana untuk menjadikan idea sebagai pengalaman sebenar kepada pengguna.
Untuk maklumat lanjut atau pendaftaran, sila layari link ini.
