Euforia Bola 2026
Famili

MRSM Kembalikan Exit Policy Tahun 2026, Pelajar Perlu Kekal Cemerlang Dalam Akademik

EXIT POLICY

MARA melalui Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) mengembalikan semula exit policy (dasar pemisah) bermula bagi kemasukan 2026, melalui mekanisme Surat Akujanji yang perlu ditandatangani oleh setiap pelajar semasa pendaftaran.

Langkah ini bertujuan memastikan pelajar bukan sahaja mengekalkan kecemerlangan akademik, tetapi juga mematuhi disiplin dan menjaga kesihatan sepanjang pengajian mereka di MRSM.

Baca juga: Bermula Tahun Hadapan, Pelajar Tidak Diwajibkan Memakai Tali Leher – KPM

EXIT POLICY MRSM DIKEMBALIKAN, PELAJAR PERLU KEKAL CEMERLANG

EXIT POLICY

Menerusi akujanji ini, pelajar diwajibkan mengekalkan prestasi akademik minimum, iaitu timbunan purata nilai gred (TPNG) 3.00 dan ke atas, serta purata nilai gred (PNG) bagi subjek Matematik dan Sains sekurang-kurangnya 2.50. Pelajar yang gagal memenuhi syarat ini tidak dibenarkan untuk menyambung pengajian ke tahun berikutnya.

Exit policy ini bukanlah sesuatu yang baharu, sebaliknya pernah dilaksanakan sebelum ini, namun dimansuhkan ketika ketiadaan peperiksaan PMR/PT3.

Dengan pengembalian dasar ini, MRSM menekankan beberapa hala tuju penting, termasuk mengeluarkan pelajar daripada zon selesa, mengekalkan budaya kecemerlangan akademik, dan memastikan hanya pelajar yang benar-benar komited terus kekal di MRSM.

exit policy

Selain itu, polisi ini membuka peluang lebih cerah kepada pelajar Tingkatan 4 baharu, bagi menggantikan pelajar Tingkatan 3 sedia ada yang digugurkan kerana tidak memenuhi syarat akademik. Ini selaras dengan matlamat MRSM untuk mengekalkan tahap kecemerlangan dan daya saing pelajar di peringkat nasional.

Bagi memastikan pematuhan pelajar terhadap disiplin, kesihatan, dan prestasi akademik, ibu bapa atau penjaga juga diwajibkan menandatangani Borang Perakuan Disiplin, Kesihatan dan Akademik semasa pendaftaran.

Melalui borang ini, ibu bapa atau penjaga mengesahkan persetujuan mereka sekiranya anak jagaan dikenakan tindakan disiplin mengikut Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar MRSM, memerlukan penjagaan kesihatan khas, dan wajib mengekalkan prestasi akademik minimum yang ditetapkan.

Pihak MRSM menekankan bahawa pengembalian dasar ini bukan sahaja bertujuan mengekalkan kecemerlangan akademik semata-mata, tetapi juga membentuk pelajar yang berdisiplin, bertanggungjawab, dan bersedia menghadapi cabaran di luar bilik darjah.

Baca juga: Budak 7 Tahun Alami Pendarahan, Dikejarkan Ke Hospital Akibat Digigit Lintah Ketika Bermain Di Sawah

Sumber: Facebook Ahmad Fahmi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×