Kewujudan orang ketiga dalam hubungan suami isteri pastinya membawa kesan yang mendalam kepada pasangan sepertir rasa kecewa dan pengkhianatan.
Bagi mengelakkan kehadiran ‘penyondol’ dalam rumah tangga anda, berikut penulis ada kongsikan beberapa tips boleh diterapkan dalam kehidupan seharian.
Baca juga: Berminggu-Minggu Suami Tak ‘Tunai’ Hubungan Intim, Rupanya Dalaman Si Isteri Meronta!
TIPS ELAK ORANG KETIGA DALAM HUBUNGAN, JAGA-JAGA ‘PENYONDOL’

Freepik
Antara tips elak orang ketiga dalam hubungan adalah:
1. Tiada istilah ‘kawan biasa’ selepas kahwin
Selepas berkahwin, saya percaya lelaki dan perempuan tak perlu lagi ada kawan berlainan jantina atas dasar “kawan biasa”. Saya tak suka isteri saya ada kawan lelaki dan saya sendiri pastikan saya tak ada kawan perempuan.
Kalau ada pun, cukup sekadar kenal dan hormat dari jauh. Tak perlu nak tanya “you dah makan ke belum?” atau ajak keluar lepak kononnya hangout biasa.
Lepas kahwin, pasangan kita adalah kawan sejati kita. Kawan lain jantina tak perlu “maintain” hubungan yang boleh jadi rapat sangat. Kalau betul nak berkawan pun, biarlah pasangan kita juga kenal dan tahu. Itu pun ada batas.
2. Elakkan urusan profesional jadi personal
Kalau perlu jumpa atas urusan kerja antara lelaki dan perempuan, tak perlu duduk coffee house dengan muzik jazz. Jumpa di pejabat, selesai kerja, balik.
Tak perlu nak “entertain” sampai tengok wayang atau pergi konsert konon atas nama profesionalisme Islamik. Kalau tiada pejabat, jumpa di kedai mamak pun cukup dan kalau boleh bawa kawan. Jangan bagi ruang berdua-duaan yang boleh cipta getar perasaan.
3. Jaga jarak, elak salah faham
Kalau klien wanita kereta rosak, tak perlu tawar diri hantar balik. Hubungi mekanik dan tolong tempah Grab. Cukup baik dah tu. Kita elak situasi bila pasangan hidu bau perfume “Lolita Lempicka”dekat seat sebelah atau jumpa lipstik tertinggal yang akhirnya rumah tangga jadi drama mahkamah syariah.
4. Apa yang anda buat, bayangkan pasangan buat juga
Mudah sahaja, kalau tak suka pasangan buat, jangan buat. Itu sahaja prinsipnya. Jangan ambil mudah dalam hal yang boleh bawa retak.
5. Magnet tarik magnet, elak terlalu dekat
Lelaki dan perempuan ibarat magnet utara dan selatan. Bila rapat, mesti ada daya tarikan. Dalam Islam, ini dinamakan ikhtilat. pergaulan terbatas.
Bila dah terlalu rapat walaupun katanya profesional, nanti mula makan hati bila dengar ayat, “Husband I tak pernah tanya I sihat ke tak, you lain sangat… caring.” Masa tu, dah terlambat. Dah termasuk jerat cinta.
6. Jangan gedik, jangan terlalu charming
Kalau kita gedik, kita berpotensi jadi penyondol. Kalau terlalu charming, kita pula jadi sasaran disondol. Kalau saya jumpa gadis-gadis, saya kurangkan bercakap.
7. Masalah rumah tangga, selesaikan dengan pasangan
Jangan cerita semua masalah rumah tangga kepada kawan lain jantina, walaupun sekadar dalam WhatsApp atau pejabat. Kalau gaduh dengan pasangan, cari jalan selesaikan bersama.
Kalau tak boleh juga, bawa jumpa wali. Wali bukan masa akad nikah sahaja berperanan, selepas kahwin pun wali berfungsi sebagai penengah. Bukan cari pendengar lain yang akhirnya jadi tempat jatuh hati.
8. Jangan banding pasangan di rumah dengan dunia luar
Kalau isteri kat rumah pakai baju kelawar dan bau bawang, jangan banding dengan wanita di luar yang sentiasa tampil wangi.
Realiti rumah tangga bukan dunia Instagram. Kita sendiri pun, bila kat rumah pakai kain pelikat dan t-shirt lusuh sambil bersandar depan kipas, jangan hipokrit nak mengharapkan pasangan tampil sempurna setiap masa.
9. Bila dah tak nampak menarik, kenanglah budi bukan body
Bila rasa pasangan dah tak macam dulu, tengoklah jasa dan kenangan. Body boleh berubah, tapi budi tak boleh dibeli. Dulu kahwin macam kereta brand new. Sekarang dah berjalan sejuta kilometer. Tapi lagi lama bersama, lagi klasik dan lagi klasik, lagi mahal.
Curang itu pilihan bukan takdir. Jangan guna qada’ dan qadar untuk lindungi kesalahan yang kita buat dengan sedar. Kita ada pilihan untuk jaga batas, kawal emosi, dan pelihara hati.
Kalau kita tak mahu disondol, jangan buka ruang. Kalau kita tak mahu menyondol, jangan jadi terlalu mudah didekati. Semoga Allah lindungi hati kita semua daripada tergelincir.
Baca juga: Isteri Mualaf Nekad Murtad, Luah Menyesal Kahwin Dengan Suami Kerana Selalu Dilayan Buruk
Sumber: Facebook Saiful Nang
