Euforia Bola 2026
Sihat

Jangan Terus Kemas Katil Lepas Bangun Tidur, Geng ‘Liat’ Mesti Senyum Lebar Lepas Tahu Sebabnya!

kemas katil

Kemas katil sering dianggap sebagai tanda disiplin sejak kecil, malah ramai yang dimarahi jika tidak melipat selimut sebaik bangun tidur. Namun menurut perkongsian Public Health Malaysia (PHM), sains sebenarnya memihak kepada mereka yang tidak terus kemas katil sejurus membuka mata.

Perkongsian tersebut menjelaskan bahawa tabiat mengemas katil terlalu awal boleh mewujudkan persekitaran yang sangat ideal untuk pembiakan tungau habuk, iaitu antara punca utama masalah resdung dan alahan.

Baca juga: Semak Rumah Mak Ayah Selamat Atau ‘Perangkap Maut’, Ini 4 Risiko Serius Jika Jatuh Cedera Tulang Pinggul!

FAKTA SAINS – TAK DIGALAKKAN KEMAS KATIL SEJURUS BANGUN TIDUR

kemas katil

Gambar hiasan: Freepik

PHM menerangkan beberapa fakta sains yang mungkin tidak ramai sedar, namun penting untuk kesihatan harian. Antara sebab utamanya:

1. Lautan peluh & sel kulit mati 

Semasa tidur, badan manusia mengeluarkan peluh dan wap air, selain menggugurkan berjuta-juta sel kulit mati yang menjadi makanan kegemaran tungau habuk.

2. Katil jadi ‘perangkap sauna’

Apabila selimut dan cadar terus ditegangkan sebaik bangun tidur, haba dan kelembapan akan terperangkap di dalam katil.

Keadaan ini menjadikan katil seperti inkubator lembap yang sangat digemari oleh tungau untuk membiak.

3. Biar sepah sementara, tungau tak bertahan

Jika katil dibiarkan berselerak seketika, udara dan cahaya matahari akan membantu mengeringkan kelembapan pada tilam dan cadar.

Tungau habuk tidak mampu hidup dalam keadaan kering dan akhirnya mati akibat dehidrasi.

Baca juga: Dari Mata Cekung Hingga Wajah Pucat, Ini 9 Tanda Masalah Kesihatan Di Wajah Yang Ramai Tak Sedar

kemas katil

Siapa paling dapat manfaat?

Tabiat ini memberi kelebihan khusus kepada golongan yang sering mengalami masalah berikut:

  • Resdung (Sinusitis)
  • Asma
  • Ekzema
  • Alahan bersin dan hidung gatal waktu pagi

Najis tungau habuk dikenal pasti sebagai antara pencetus utama simptom-simptom tersebut.

Amalkan ‘Rule 30 Minit’

PHM tidak menggalakkan bilik dibiarkan sepah sepanjang hari, sebaliknya mencadangkan satu kaedah mudah dan praktikal.

Langkah disarankan:

  1. Bangun tidur dan buka tingkap atau pasang kipas.
  2. Biarkan selimut terselak dan katil ‘bernafas’.
  3. Pergi mandi, gosok gigi dan bersiap seperti biasa.
  4. Selepas kira-kira 30 minit, barulah kemas katil dengan rapi.

Dengan cara ini, kelembapan dapat dikeringkan terlebih dahulu sebelum selimut dilipat.

Jadi, jika ada yang mempersoalkan kenapa bilik masih sepah waktu pagi, mungkin boleh jawab dengan tenang “bukan malas, tapi sedang jaga kesihatan.”

Baca juga: Bangun Pagi Mulut Berbau? Bukan Salah Anda, Ini 5 Punca Ramai Tak Sedar Walaupun Dah Gosok Gigi

Sumber: Public Health Malaysia

FT Image: Benzoix / Jcomp

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×