Kementerian Pendidikan (KPM) melaksanakan pengesanan awal dalam kalangan pelajar Tingkatan 4 yang berisiko cicir bagi memastikan mereka hadir menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025.
Pengesanan awal tersebut bertujuan untuk membolehkan pihak sekolah membuat perancangan bagi melaksanakan intervensi yang bersesuaian.
Baca juga: Saksi Menangis Cerita Pasal Zayn Rayyan, Dakwa Ismanira Seperti Tiada Perasaan & ‘Kosong’
KPM BUAT PENGESANAN AWAL UNTUK CALON SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2025

Kosmo
KPM menjelaskan bahawa berdasarkan analisis sehingga 22 Jan lalu, seramai 8,164 calon peperiksaan SPM 2024 dilaporkan tidak hadir menduduki peperiksaan berbanding 10,160 calon bagi tahun 2023. Ini menunjukkan penurunan sebanyak 1,996 orang iaitu 19.6%.
“Berdasarkan analisis daripada Aplikasi Pengurusan Ketidakhadiran ke Sekolah Semasa Peperiksaan, antara sebab utama ketidakhadiran calon ketika peperiksaan SPM 2024 adalah termasuk bekerja, masalah keluarga, masalah kesihatan, meninggal dunia dan berpindah ke luar negara,” jelasnya.
Ia bagi menjawab soalan Mohd Azizi Abu Naim (PN-Gua Musang) yang ingin tahu mekanisme KPM dalam menangani kes ketidakhadiran lebih 10,000 calon peperiksaan SPM 2024 dan kesan pindaan Akta Pendidikan 1996 bagi mewajibkan pendidikan sehingga peringkat sekolah menengah diluluskan tahun ini.
Bagi menangani isu ketidakhadiran calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, KPM melaksanakan pelbagai usaha berterusan antaranya memantau kehadiran murid ke sekolah secara harian, mengaktifkan Task Force Intervensi Murid Berisiko Cicir SPM pada semua peringkat, dan mengadakan Dialog Prestasi Nasional bagi membincangkan isu berkaitan kehadiran calon SPM.
KPM turut melaksanakan aktiviti berfokus seperti sesi konsultasi ibu bapa, permuafakatan Persatuan Ibu Bapa Guru serta Penglibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Swasta, selain bekerjasama erat dengan pasukan keselamatan bagi memastikan kelancaran pengendalian peperiksaan awam sepanjang musim tengkujuh atau banjir.
“RUU Pendidikan (Pindaan) berkaitan pelanjutan Dasar Pendidikan Wajib dari pendidikan rendah hingga pendidikan menengah ini akan dibentangkan di Parlimen setelah semua proses selesai termasuk diluluskan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri,” menurut kementerian itu.
Baca juga: Penjual Dedah Harga Kek Lapis Cecah Sampai RM1700, Barang ‘Premium’ & Buat R&D Sampai 17 Kali
Baca juga: Bantuan Khas Kewangan Untuk Penjawat Awam & Pesara, Mula Dibayar Pada 25 Februari Ini
Sumber: Harian Metro
