Menerusi luahan seorang ibu di media sosial, dia menjelaskan bahawa duit simpanan sebanyak RM10,000 ‘lesap’ dan dia mendakwa si anak mencuri wang berkenaan.
Walau bagaimanapun, duit simpanan berkenaan disimpan di dalam akaun ASB milik anaknya sendiri yang kini sudah berusia 19 tahun.
Baca juga: Ibu Ayah Dera Anak Kandung Sampai Berbirat Satu Badan, Rotan Kerana Terlalu Nakal!
DUIT SIMPANAN ANAK LESAP DIDAKWA DICURI, RUPANYA ….

Tindakan si ibu mendakwa anaknya mencuri duit simpanan tersebut adalah tidak wajar kerana itu merupakan milik si anak sepenuhnya kerana sudah mencapai usia 18 tahun.
Perkara ini turut mendapat perhatian pengguna Facebook yang dikenali Dr Rusyainie Ramli yang menjelaskan tanggapan wanita berkenaan adalah salah.
“Bila anak sudah mencapai usia 18 tahun, akaun ASB yang di atas namanya, akan menjadi hak milik dia sepenuhnya. Mak ayah dah tak boleh nak ada kuasa ke atas akaun itu walaupun duit di dalam itu mereka yang masukkan selama ini.Kalau ikutkan, anak itu tak mencuri pun sebab memang duit dia dan dia berhak.
“Bila umur anak mencecah 18 tahun memang ada masanya buatkan saya seram. Dana simpanan dalam takaful dia pun kita dah tak ada hak. Di sini lah kenapa perlunya kita jelaskan dengan terang dan jelas tentang pentingnya duit yang kita simpankan untuk dia sedari kecil.
“Bukan untuk dia berjoli sakan. Malah, dia sendiri kena menambah duit dalam tu sebagai persiapan masa depan sendiri. Tak adanya selamanya kita ni nak menanggung dia kan. Tatkala anak tu bertindak macam itu, pastinya mak ayah kecewa. Isu yang utama di sini adalah anak dah khianati amanah yang kita bagi dekat dia,” jelas Dr Rusyainie Ramli.
Tambah Dr Rusyainie, sekiranya perkara ini berlaku ibu ayah dinasihatkan untuk berbincang sebaiknya dengan anak untuk mengetahui hal sebenar.

Kredit: Freepik
“Bila anak dah buat salah macam ini, memang lah nak marah tapi itu lah tak selesaikan masalah. Kita bertenang dulu dan cari masa yang sesuai untuk kita duduk berbincang dengan dia.
“Pertamanya, kita tanyakan pada dia. Apa tujuan dia keluarkan duit itu. Mungkin ada sesuatu yang dia rahsiakan dari kita, yang berlaku sampaikan dia terdesak macam itu.
“Tapi kalau dia habiskan duit untuk bergaya dengan telefon pintar baru, itu adalah perkara yang sangat membazir. Gunakan insiden ini sebagai pintu untuk ajar anak tentang cara nak uruskan duit.
“Bagi dia faham kenapa simpanan itu penting, beza kehendak dan keperluan. Dia kena reti yang bagaimana keputusan kewangan hari ini beri kesan besar esok. Kita mesti bertegas bab ini. Bukan kita tak sayang dia. Yang kita nak betulkan adalah tindakan dia. Jangan samakan tegas dengan marah,” ujarnya.
Kes ini menjadi pengajaran kepada semua ibu bapa tentang pentingnya ilmu pengurusan kewangan dan hak milik anak apabila mereka mencapai usia dewasa.
Baca juga: Kes Rogol Di Sekolah Asrama Lelaki Makin Menjadi-Jadi, Ibu Kecewa Anak Pernah Jadi Mangsa!
Sumber: Facebook Rusyainie Ramli
