Dua budak lelaki lemas di Tasik Menawan, Pelangi Indah di sini, awal pagi tadi. Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Shafie Md Din yang juga Komander Operasi berkata, sepasukan 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 9.44 malam.
Pencarian awal budak lelaki lemas itu dilakukan di permukaan air sejauh kira-kira 25 kaki dari tebing sebelum Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) menyambung operasi di kawasan lebih dalam.
Baca juga: Huru-Hara Dibuatnya, Makin Ramai Yang Tertinggal Kad Pengenalan Di Stesen Minyak!
DUA BUDAK LELAKI LEMAS DI TASIK MENAWAN

Kedua-dua mangsa ditemui tersepit di bawah batu pada kedalaman kira-kira 10 kaki dan lima meter dari tebing pada jam 2.28 pagi.
Mangsa dikenali sebagai Muhammad Rayyan Iskandar Mohamed Hafiziee, 9, dan Muhammad Khalish Rayqarl Hasimibudi, 10, disahkan meninggal dunia sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan sepenuhnya pada jam 3.05 pagi.
Baca juga: “Kiri Kanan Saya Hanya Sungai..” Ibu Sesat Dalam Hutan 3 Jam Dengan Anak Usia 3 Bulan
Sumber: Berita Harian
