Ramai dalam kalangan Gen Z kini sudah mula melangkah ke alam dewasa dan memasuki dunia pekerjaan.
Bila berada dalam fasa ini, mereka juga perlu berdepan pelbagai cabaran kehidupan seharian yang datang bersama tanggungjawab baharu.
Mekdi bawakan kisah kehidupan Gen Z menerusi drama berunsur podcast
Melihat kepada realiti tersebut, McDonald’s Malaysia atau lebih dikenali sebagai Mekdi tampil dengan pendekatan berbeza apabila bekerjasama dengan TV3 untuk menghasilkan sebuah drama TikTok berkonsepkan podcast bertajuk FYP Macam VIP.
Drama ini mengetengahkan pengalaman bekerja sambil memperlihatkan peluang membina kerjaya bersama jenama tersebut.
Pada masa yang sama, ia juga menjadi salah satu cara untuk Mekdi mendekati Generasi Z yang aktif di platform media sosial seperti TikTok.

Barisan pelakon yang memang ‘Gen Z vibes’
Drama ini turut menampilkan pelakon muda yang sinonim dengan generasi tersebut seperti:
- Rykarl Iskandar
- Zaki Yamani
- Mia Sara Nasuha
- Serra Kamal
Masing-masing membawakan watak dengan personaliti berbeza.
Alif (Rykarl) digambarkan sebagai pekerja di McDonald’s yang mesra dan suka membantu orang sekeliling. Faris (Zaki) pula seorang yang serius dan gemar mengendalikan podcast.
Sementara itu, Alia (Mia Sara) tampil sebagai watak yang matang dan berpendidikan, manakala Farah (Serra) pula agak kekok dalam pergaulan kerana terlalu terbiasa dengan dunia digital.
Gabungan personaliti yang berbeza ini menjadikan perbualan mereka lebih hidup dan dekat dengan realiti kehidupan anak muda hari ini.
Konsep podcast dan sitkom dalam satu penceritaan
@dramasangat Korang rasa siapa terpaling ‘drama’ minggu ni? Jangan lupa layan Episod 1 & 2 siri drama FYP Macam VIP! ✨📽️ ▶️ Siri Drama FYP Macam VIP -> Setiap Rabu & Khamis, 9:00 Malam di TikTok @dramasangat #mcdmalaysia #fypmacamvip
Menariknya, FYP Macam VIP mengetengahkan konsep yang agak berbeza apabila menggabungkan elemen podcast dan sitkom dalam satu format penceritaan yang santai.
Siri ini mengikuti kisah empat sahabat lama yang sedang melalui fasa peralihan ke alam dewasa. Melalui perbualan mereka, pelbagai perkara tentang kehidupan harian disentuh daripada pengalaman bekerja, persahabatan sehinggalah cabaran kecil yang sering dilalui oleh Gen Z.
Empat watak utama dalam cerita ini ialah Alif (Rykarl Iskandar), Faris (Zaki Yamani), Alia (Mia Sara Nasuha) dan Farah (Serra Kamal) yang masing-masing mempunyai personaliti berbeza.

Alif digambarkan sebagai pekerja di McDonald’s Malaysia yang peramah dan suka membantu orang sekeliling. Faris pula seorang yang lebih serius serta gemar mengendalikan podcast, manakala Alia tampil sebagai watak yang matang dan berpendidikan. Sementara itu, Farah pula agak kekok dalam pergaulan kerana lebih selesa dengan dunia digital.
Dalam penceritaan drama ini, kerjaya di Mekdi turut digambarkan sebagai satu pilihan yang memberi sokongan serta ruang kepada anak muda untuk berkembang. Dengan kemudahan dan waktu kerja yang fleksibel, ia menunjukkan bagaimana pengalaman bekerja juga boleh menjadi sebahagian daripada perjalanan membina masa depan.
Secara keseluruhannya, FYP Macam VIP bukan sekadar sebuah drama TikTok, tetapi turut mencerminkan pengalaman sebenar yang dilalui ramai Gen Z hari ini, daripada memahami dunia pekerjaan hinggalah mengurus persahabatan dan kehidupan seharian.
Semua kisah ini disampaikan dalam gaya yang santai dan dekat dengan realiti anak muda masa kini.
Jika anda ingin melihat bagaimana kehidupan Gen Z dipaparkan dalam bentuk penceritaan yang ringan tetapi relatable, drama ini mungkin boleh dimasukkan dalam senarai tontonan.
FYP Macam VIP boleh ditonton secara eksklusif di TikTok @dramasangat, setiap Rabu dan Khamis pada jam 9 malam.
