Drama Ms. Incognito akan menemui penonton Malaysia serentak dengan tayangan di Korea mulai 29 September 2025, eksklusif di Tonton.
Drama ini mendedahkan realiti bahawa setiap insan mempunyai sisi gelap yang tersembunyi, dan apabila rahsia terbongkar, ia mampu menjadi senjata paling berbahaya.
Baca juga: KPM Umum 72 Sekolah Akan Jalani PdPR, Sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 Oktober Ini
DRAMA MS. INCOGNITO UBAH SEGALANYA, EKSKLUSIF DI TONTON

Dibintangi oleh pelakon hebat seperti Jeon Yeo-been, Jin-young, Seo Hyun-woo, Jang Yoon-joo, dan Joo Hyung-young, Ms. Incognito mengisahkan tentang Bu Se-mi (Jeon Yeo-been), seorang wanita yang terpaksa menjalani perkahwinan kontrak sambil menyembunyikan dirinya di sebalik penyamaran demi menjaga rahsia dan kekayaan majikannya.
Segalanya kelihatan terkawal sehingga kemunculan Choi Dong-min (Jin-young), seorang lelaki yang jujur dan tanpa disangka menjadi ancaman terbesar kepada rahsia hidupnya.
Pertemuan mereka membawa kepada hubungan yang semakin rapat, namun kepercayaan mula goyah apabila rahsia mula terbongkar. Mereka diuji oleh takdir yang dipenuhi pengkhianatan dan konflik. Adakah Bu Se-mi mampu mengekalkan penyamarannya tanpa mengorbankan cintanya?

Drama Ms. Incognito, hasil karya penulisan Hyun Gyu-ri dan arahan Park Yoo-young, menampilkan jalan cerita asli yang penuh misteri, konflik emosi, dan kejutan yang tidak diduga dari mula hingga akhir. Dengan watak yang mendalam dan plot yang penuh teka-teki, drama ini menjanjikan pengalaman baru yang segar, mendebarkan, dan pasti memikat hati peminat K-drama.
Drama ini membawa penonton menelusuri kegelapan dunia manusia, di mana identiti boleh ditukar, kepercayaan dikhianati, dan cinta dikorbankan demi kelangsungan hidup. Setiap episod membongkar rahsia baharu yang menguji kesetiaan dan kejujuran, membuatkan penonton tidak sabar menunggu siapakah yang akan berjaya bertahan dalam permainan tipu daya ini.
Jangan lupa saksikan tayangan perdana Ms. Incognito mulai 29 September ini, setiap Isnin dan Selasa, pukul 9.00 malam, serentak dengan tayangan di Korea melalui platform Tonton. Untuk maklumat terkini tentang rancangan kegemaran anda, ikuti kami di Facebook, Twitter, TikTok dan Instagram di @tontonmy
