Euforia Bola 2026
Famili

Peguam Bela Klien Hantu? Strim ‘Phantom Lawyer’ Di Tonton Sekarang, Tayangan Serentak Dengan Korea!

phantom lawyer

Bagaimana jika klien pertama yang datang ke firma guaman anda sebenarnya bukan manusia? Inilah idea unik yang dibawakan dalam drama Phantom Lawyer, sebuah siri yang menggabungkan elemen guaman, fantasi, aksi dan misteri dalam satu penceritaan yang penuh kejutan.

Disiarkan serentak dengan Korea, drama ini mula menemui penonton bermula 13 Mac 2026 menerusi platform Tonton. Menariknya, setiap episod baharu akan ditayangkan setiap Jumaat dan Sabtu jam 10.30 malam, membolehkan peminat mengikuti kisahnya seiring dengan siaran di Korea.

Baca juga: Media Prima Tawar RM100 Setiap Minggu Melalui ‘Bonanza Berkat’, Jom Kumpul Kata Kunci & Menang Duit Raya!

‘PHANTOM LAWYER’ BAWA KISAH GUAMAN LUAR BIASA KE TONTON

phantom lawyer

Peguam yang boleh melihat roh

Diarahkan oleh Shin Joong-Hoon, Phantom Lawyer menampilkan barisan pelakon terkenal Korea Selatan seperti Yoo Yeon-Seok, Esom, Kim Kyung-Nam, Jun Suk-Ho dan Kim Mi-Kyung.

Drama ini mengisahkan Shin Yi-Rang (Yoo Yeon-Seok), seorang peguam yang baru membuka firma guaman di sebuah rumah lama yang dahulunya milik seorang bomoh. Tanpa disedari, tempat tersebut rupanya menyimpan sesuatu yang luar biasa.

Tidak lama selepas memulakan kerjayanya di situ, Yi-Rang mula menyedari bahawa dirinya mempunyai satu keupayaan pelik. Di mana, dia mampu melihat roh yang tidak dapat dilihat oleh orang lain.

Perkara itu akhirnya membawa kepada situasi yang tidak pernah dia bayangkan apabila roh-roh yang masih menyimpan penyesalan semasa hidup mula datang kepadanya sebagai klien.

Mereka meminta bantuan Yi-Rang untuk menyelesaikan perkara yang belum selesai dan menuntut keadilan yang tidak sempat diperoleh ketika hidup.

Baca juga: Aplikasi Waktu Solat Malaysia Perkenal Pelan Tanpa Iklan, Lebih Lancar Untuk Pengguna Tanpa Gangguan

phantom lawyer

Gabungan drama guaman dan misteri

Dalam masa yang sama, Han Na-Hyun (Esom) merupakan seorang peguam elit dari firma guaman terkenal yang mempunyai reputasi hebat serta rekod kemenangan hampir sempurna dalam setiap kes.

Namun, segalanya berubah apabila dia tewas dalam satu perbicaraan kepada Yi-Rang. Kekalahan tersebut secara tidak langsung membawa mereka ke dalam dunia kes yang lebih misteri dan sukar dijelaskan.

Pada awalnya, Na-Hyun sukar mempercayai kemampuan Yi-Rang yang boleh melihat roh. Tetapi selepas beberapa kejadian aneh yang berlaku di hadapannya sendiri, dia mula membuka fikirannya terhadap kemungkinan tersebut.

Akhirnya, mereka berganding bahu untuk menyelesaikan pelbagai kes pelik yang melibatkan rahsia antara dunia manusia dan alam ghaib.

Bagi peminat drama Korea yang gemarkan kisah misteri dan fantasi, jangan lepaskan peluang menonton Phantom Lawyer bermula 13 Mac 2026 di Tonton dengan episod baharu setiap Jumaat dan Sabtu, jam 10.30 malam.

Untuk maklumat yang lebih lanjut tentang rancangan kegemaran anda, ikuti kami di Facebook, X, TikTok, dan Instagram di @tontonmy.

Baca juga: Zara Zya & Jazmy Juma Disatukan Dalam Komedi Romantik, ‘Namamu Cinta’ Eksklusif Di Tonton!

Sumber: tonton.com.my

FT Image: tonton.com.my

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×