Euforia Bola 2026
Famili

Drama ‘Hilang Dalam Rindu’ Tarik Perhatian Warganet, “Ini Baru Adaptasi Padu & Sama Novel!”

HILANG DALAM RINDU

Drama Hilang Dalam Rindu yang kini bersiaran di TV3 menerusi Slot Samarinda semakin mendapat tempat di hati penonton. Setiap episod yang ditayangkan terus mencetus keterujaan dan perbualan hangat di media sosial.

Drama adaptasi daripada novel karya Mia Azwari ini menampilkan bakat-bakat muda seperti Jazmy Juma, Tracie Sinidol, Qistina Rania dan Zarif Ghazzi yang berjaya membawa watak mereka dengan begitu berkesan. Rata-rata penonton memuji mutu lakonan para pelakon yang disifatkan penuh penghayatan dan emosi.

Baca juga: Akaun Tabung Haji Boleh ‘Beku’ Kalau Tak Buat Langkah Ini, Jangan Menyesal Kalau Terlambat!

DRAMA HILANG DALAM RINDU SAMA SEPERTI NOVEL, WARGANET PUJI

Sentuhan pengarahan oleh Along Kamaludin juga mendapat pujian ramai apabila berjaya menghidupkan kisah asal dengan pendekatan visual yang menyentuh hati dan mampu membuat penonton ‘larut’ dalam penceritaan.

HILANG DALAM RINDU

HILANG DALAM RINDU

Hilang Dalam Rindu mengangkat kisah rumah tangga Aira Nadira (lakonan Tracie Sinidol) dan Nadim Eijaz (Jazmy Juma), yang berdepan cabaran berat selepas Aira mengalami kehilangan ingatan akibat kemalangan.

Lebih menyayat hati, Aira terpaksa berdepan dengan Nadim, suaminya sendiri yang selama ini langsung tidak menunjukkan kasih sayang kepadanya.

Dengan konflik emosi yang kuat dan jalan cerita yang menyentuh perasaan, tidak hairanlah jika drama ini terus trending setiap minggu.

Jangan ketinggalan menonton Hilang Dalam Rindu setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di TV3, atau tonton lebih awal 24 jam secara eksklusif di platform Tonton.

Baca juga: Dari Pewaris Ke Pemimpin, Ini 10 Wanita Paling Kaya Di Malaysia & ‘Kuasai’ Dunia!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×