Euforia Bola 2026
Famili

Kisah Cinta Tiga Segi & Misi Selamatkan Hotel, Kini ‘Boleh Saya Bantu? 2’ Kembali Temui Penonton!

boleh saya bantu?

‘Boleh Saya Bantu? 2’ kembali dengan musim kedua, membawa kisah lebih dramatik, lebih lucu dan pastinya lebih ‘kacau’ berbanding sebelumnya.

Selepas kejayaan musim pertamanya, drama arahan Shuhaimi Lua ini mula ditayangkan minggu ini, menghidangkan penceritaan yang lebih mendalam, sarat konflik dan penuh warna.

Baca juga: Nak Teman Bulu Baru? Jom Temui & Adopsi Kucing Comel Di Kempen ‘Furever Friends’!

BOLEH SAYA BANTU? 2

boleh saya bantu?

Jika musim pertama memaparkan gelagat lucu pekerja hotel Tea Tree, kali ini penonton akan dibawa ke Love Wave Hotel, sebuah premis milik Tuan Joe yang hampir bankrap.

Nasar (Andi Bernadee), yang baru sahaja melalui penceraian mengejut dengan Jannah, kini memikul tanggungjawab menguruskan hotel itu bersama Datuk Sudin (Mark Adam). Namun, misi menyelamatkan operasi hotel bertukar menjadi rumit apabila Nasar terjebak dalam cinta tiga segi antara Farida (Riena Diana) dan Haiza (Wanie Ooi).

Konflik peribadi dan rahsia wasiat

Nasar cuba merahsiakan status diri, tetapi akhirnya terpaksa akur apabila kebenaran terbongkar. Trauma perkahwinan lalu membuatkan dia enggan berkomitmen, walaupun ada desakan untuk kembali bersama bekas isterinya.

Dalam masa yang sama, pelbagai kejadian luar jangka mula berlaku, daripada tetamu misteri, panggilan mencurigakan, bomoh moden, sehinggalah penemuan satu wasiat yang berpotensi mengubah nasib Farida.

Persoalannya, mampukah Nasar memberi sepenuh perhatian untuk menyelamatkan hotel saat emosinya sendiri bergolak? Dan apakah rahsia sebenar di sebalik wasiat yang tiba-tiba muncul itu?

Kembali dengan barisan pelakon hebat

boleh saya bantu?

Selain Andi Bernadee, musim kali ini turut menampilkan Riena Diana, Mark Adam, Wanie Ooi dan Nasz Sally, disertai kemunculan watak baharu lakonan Aliff Hadi.

Penonton juga akan disajikan dengan penampilan istimewa bintang-bintang tanah air seperti Fadlan Hazim, Khatijah Tan, Joey Daud, Muaz Zabir, Josiah Hogan, Ropie, Fizo Omar dan ramai lagi.

Bagi Andi, membawa watak Nasar adalah cabaran tersendiri.

“Saya sendiri tak pernah berkahwin, jadi nak faham emosi seorang lelaki yang pernah gagal dalam hubungan memang mencabar. Saya banyak berbual dengan rakan-rakan yang pernah lalui situasi sama untuk fahami perjalanan emosi mereka,” katanya.

Sentuhan realiti dalam drama

Pelakon Riena Diana yang memegang watak Farida pula menyifatkan drama ini dekat dengan realiti masyarakat.

“Ada babak yang memaparkan isu penderaan fizikal dan mental, kosmetik berbahaya, serta wanita berkerjaya yang terpaksa menyara pasangan. Setiap babak membawa mesej tersendiri,” jelasnya.

Tarikh Tayangan

‘Boleh Saya Bantu? 2’ mula ditayangkan pada 8 Ogos 2025, setiap Jumaat dan Sabtu, jam 9 malam di slot Lestary TV3. Episod baharu boleh distrim 24 jam lebih awal di www.tonton.com.my atau melalui aplikasi Tonton di Google Play dan App Store.

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

Baca juga: Geng Abang Harley-Davidson Santuni Anak-Anak Yatim, Semua Teruja Dapat Tonton Ejen Ali The Movie 2!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×