Euforia Bola 2026
Nur

Bila Rasa Keliru & Bingung Nak Buat Pilihan, Ini Doa Nabi SAW Sarankan Untuk Baca.. Hati Lebih Tenang

DOA MINTA PETUNJUK

Membuat keputusan dalam hidup kadangkala membingungkan, sama ada berkaitan kerja, keluarga, atau urusan peribadi. Islam mengajar kita agar sentiasa memohon bimbingan Allah melalui doa minta petunjuk, supaya setiap langkah yang diambil selari dengan syariat dan diberkati-Nya.

Baca juga: Persiapan Hari Bahagia Berakhir Duka, Bakal Pengantin Meninggal Dunia Disengat Tebuan

DOA MINTA PETUNJUK YANG DIAJAR OLEH NABI MUHAMMAD SAW

DOA MINTA PETUNJUK

Nabi Muhammad SAW menekankan bahawa setiap langkah dan keputusan perlu disertakan doa, agar jalan yang dipilih berada di bawah petunjuk Allah SWT dan selamat dari kesilapan.

Salah satu doa ringkas yang sangat digalakkan Nabi Muhammad SAW untuk diamalkan adalah:

‎اللَّهُمَّ اهْدِني ، وسَدِّدْنِي

(Allahummahdini wa saddidni)

Maksudnya: “Ya Allah, berilah aku petunjuk hidayah dan luruskanlah perjalananku.” (Hadis riwayat Muslim)

Dengan mengamalkan doa ini, hati menjadi tenang, fikiran lebih fokus, dan setiap keputusan diambil dengan kesedaran bahawa ia selaras dengan kehendak Allah SWT.

Fadilat dan kelebihan mengamalkan doa ini:

1. Disunatkan Nabi SAW dan sahabat

Doa ini merupakan salah satu doa yang diajarkan oleh Nabi Muhammad saw kepada para sahabat, menjadikannya sunnah dan penuh keberkatan untuk diamalkan setiap hari.

2. Memohon hidayah

Dengan membaca doa ini, seseorang memohon agar tindakannya sentiasa lurus dan konsisten mengikut syariat Islam.

DOA MINTA PETUNJUK

Gambar hiasan: Freepik image generate

3. Tenang hati buat keputusan

Seringkali kita rasa gelisah atau bimbang ketika menghadapi dilema. Doa ini membantu menenangkan jiwa kerana kita menyerahkan urusan dan keputusan kepada Allah, sambil tetap berikhtiar menggunakan akal yang dianugerahkan.

4. Ringkas dan mudah diamalkan

Doa ini sangat sesuai untuk diamalkan dalam kehidupan seharian kerana ringkas dan mudah dihafal. Ia boleh dibaca pada bila-bila masa, sama ada sebelum membuat keputusan penting, ketika menghadapi kesukaran atau sebagai doa rutin harian untuk memohon bimbingan Allah SWT.

Dengan menjadikannya amalan harian, kita bukan sahaja mengukuhkan hubungan dengan Allah, tetapi juga melahirkan ketenangan dan keyakinan dalam membuat keputusan, sama ada besar atau kecil, dalam kehidupan berkeluarga, kerjaya dan urusan harian.

Baca juga: Bukan Muntah & Penat Sia-Sia, Ini 12 Ganjaran Istimewa Ibu Hamil Menurut Islam…Semuanya Ibadah

Sumber: Facebook Dakwah Sunnah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×