Menurut perkongsian PU Syed di laman TikTok, terdapat satu doa ketika sakit yang diajar oleh Nabi SAW kepada seorang sahabat Baginda ketika sahabat tersebut sedang tidak sihat.
Doa ini boleh menjadi amalan untuk dibaca oleh sesiapa sahaja yang sedang mengalami sebarang bentuk kesakitan, sama ada ringan atau berat. Ia menunjukkan bahawa dalam menghadapi ujian seperti sakit, selain berikhtiar secara fizikal, anda juga dianjurkan untuk berdoa dan memohon pertolongan daripada Allah SWT.
Baca juga: PU Amin Tampil Jelaskan Isu Wanita Berjuang Tanpa Mahram – “Ada Budak Nak Peluk Ibu…”
DOA KETIKA SAKIT SEPERTI NABI AJAR SAHABATNYA

Menerusi video itu, PU Syed menjelaskan cara membaca doa ketika sakit ini adalah dengan meletakkan tangan di bahagian dada atau tempat yang terasa sakit.
Kemudian, bacalah Bismillah sebanyak tiga kali. Selepas itu, bacalah doa berikut sebanyak tujuh kali:
A’uzubillahi wa qudratihi min syarri maa ajidu wa uhazzir
Maksudnya: “Aku berlindung kepada keagungan dan kekuasaan Allah dari keburukan yang aku dapati dan aku takutkan.” (H.R. Muslim)

Doa ketika sakit ini bukan sahaja boleh dibaca untuk diri sendiri, malah boleh juga dibaca kepada rakan anda yang sedang sakit, sebagai tanda keprihatinan dan kasih sayang sesama manusia.
Ia menjadi salah satu cara untuk mendoakan kesejahteraan orang lain, di samping menguatkan hubungan sesama Muslim melalui doa yang ikhlas. Dengan membaca doa ini untuk orang lain, kita bukan sahaja menyampaikan harapan agar mereka cepat sembuh, tetapi juga memperolehi pahala kerana mendoakan kebaikan buat saudara seagama.
Membaca doa ini bukan hanya satu bacaan rutin, tetapi lambang kebergantungan diri anda kepada Allah SWT dalam setiap ujian, termasuk ketika sakit. Ia mengingatkan kita bahawa setiap penyakit datang dengan izin Allah dan hanya Dia yang mampu memberi kesembuhan yang sebenar.
Bila dibaca dengan penuh keikhlasan dan keyakinan, doa ini bukan sahaja memberi ketenangan hati, malah menjadi satu bentuk harapan dalam saat tubuh terasa lemah.
Semoga dengan amalan doa ini, Allah permudahkan jalan kesembuhan dan kurangkan segala derita yang dirasai, tidak kira ringan atau berat.
Baca juga: Selami Sejarah Tentang Palestin Dalam Islam, Biar Terpahat Dalam Jiwa Setiap Muslim Selamanya
Sumber: TikTok PU Syed
