Euforia Bola 2026
Nur

Amalan Doa Rasulullah Untuk Kehancuran Musuh Islam, Jadi Senjata Hati Saat Umat Ditindas

musuh islam

Doa kehancuran untuk musuh Islam menggambarkan permohonan kepada Allah Yang Maha Perkasa agar menundukkan kezaliman, melindungi yang teraniaya, dan menegakkan keadilan dengan cara yang benar menurut syariat.

Dalam sejarah perjuangan Rasulullah SAW, doa kehancuran untuk musuh Islam ini dibaca bukan kerana dendam, tetapi untuk mempertahankan agama, nyawa dan maruah umat Islam apabila segala jalan damai telah tertutup.

Baca juga: Pantang Bergaduh Mesti Minta Semula Hadiah, Jangan Biasakan! Islam Larang Perbuatan Ini

DOA KEHANCURAN UNTUK MUSUH ISLAM, AMALAN RASULULLAH SAW

musuh islam

Myhadith

Dalam surat itu, Abdullah menceritakan bagaimana Rasulullah SAW pada suatu ketika dahulu, apabila berada dalam situasi berhadapan dengan musuh, Baginda tidak terus melancarkan serangan. Sebaliknya, Baginda akan menunggu sehingga matahari mula condong. Ketika itu, barulah Baginda berdiri dan berucap kepada para sahabat dengan penuh tenang dan hikmah.

Seorang sahabat, Abdullah bin Abi Aufa RA menulis surat kepada Umar bin Ubaidillah ketika beliau pergi berhadapan dengan orang-orang Haruriyyah (Khawarij).

Abdullah memberitahu bahawa pernah suatu ketika dahulu, apabila Rasulullah SAW berhadapan dengan musuh, Baginda menunggu hingga matahari mulai condong. Kemudian, Baginda berdiri dan berkata:

“Wahai kaum muslimin, janganlah kamu menginginkan perjumpaan dengan musuh, mohonlah kesejahteraan kepada Allah. Tetapi apabila kamu bertemu dengan mereka, maka bersabarlah. Ketahuilah bahawa syurga berada di bawah naungan pedang.”

Kemudian Rasulullah SAW berdoa:

اللَّهُمَّ مُنْزِلَ الْكِتَابِ، وَمُجْرِيَ السَّحَابِ، وَهَازِمَ الْأَحْزَابِ، اهْزِمْهُمْ، وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ

Maksudnya: “Ya Allah, Tuhan Yang Menurunkan Kitab al-Quran, Yang Menggerakkan Awan, Yang Menghancurkan Tentera al-Ahzab, Engkau hancurkanlah mereka (musuh Islam) dan bantulah kami mengalahkan mereka.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 1742)

Doa ini antara doa Rasulullah SAW yang kita boleh amalkan dan baca ketika menghadapi musuh Islam, juga doa buat saudara kita di Palestin dan lain-lain agar Allah membantu mereka dan mengalahkan musuh.

musuh islam

Sekadar gambar hiasan

Doa ini direkodkan dalam hadis sahih riwayat Imam Muslim dan menjadi salah satu doa yang boleh diamalkan oleh umat Islam ketika berada dalam keadaan terancam, atau ketika berdoa untuk saudara-saudara seagama yang sedang dizalimi atau diserang oleh musuh Islam.

Semoga dengan membaca dan mengamalkan doa ini, Allah SWT mengurniakan kekuatan kepada umat Islam yang tertindas, memberi kemenangan kepada kebenaran, dan menundukkan musuh-musuh yang zalim.

Semoga juga Allah SWT sentiasa memelihara kita dan generasi akan datang daripada segala bentuk fitnah dan kezaliman yang melanda dunia pada hari ini.

Baca juga: Selami Sejarah Tentang Palestin Dalam Islam, Biar Terpahat Dalam Jiwa Setiap Muslim Selamanya

Sumber: Facebook

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×