Euforia Bola 2026
Nur

Amalkan Doa INI Setiap Hari, InsyaAllah Fikiran Kotor & Negatif Akan Hilang Perlahan-Lahan…

fikiran negatif

Dalam kehidupan seharian yang penuh dengan cabaran, tidak dinafikan manusia sering berdepan dengan bisikan hati dan lintasan fikiran negatif.

Keadaan ini, jika tidak dikawal, bukan sahaja memberi kesan kepada ketenangan jiwa, malah boleh mempengaruhi akhlak, perbuatan serta hubungan sesama manusia.

Baca juga: Bila Rasa Keliru & Bingung Nak Buat Pilihan, Ini Doa Nabi SAW Sarankan Untuk Baca.. Hati Lebih Tenang

DOA HILANGKAN FIKIRAN NEGATIF & KOTOR, BARU LEBIH TENANG

Justeru, Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memohon perlindungan kepada Allah SWT agar hati dan fikiran sentiasa terpelihara.

Antara doa yang dianjurkan untuk diamalkan ialah doa memohon perlindungan daripada akhlak, perbuatan dan hawa nafsu yang mungkar:

Allahumma inni ‘udzu bika min munkarātil akhlāqi wal a‘māli wal ahwā’

FIKIRAN NEGATIF

Maksudnya: “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada akhlak yang buruk, perbuatan yang keji dan hawa nafsu yang mungkar.”

Doa ini mengandungi permohonan yang sangat menyeluruh, ia bukan sekadar memohon perlindungan daripada perbuatan dosa yang zahir, tetapi juga daripada akhlak yang buruk serta hawa nafsu yang tersembunyi di dalam hati. Pemikiran kotor dan negatif sering berpunca daripada nafsu yang tidak dikawal dan hati yang lalai daripada mengingati Allah SWT.

Dengan mengamalkan doa ini, seorang Muslim mengakui kelemahan diri sendiri dan menyerahkan sepenuh pergantungan kepada Allah SWT sebagai pelindung jiwa.

Selain itu, doa hilangkan fikiran negatif ini juga menjadi peringatan bahawa punca keburukan bukan sahaja datang dari luar, tetapi juga daripada dorongan dalaman yang perlu sentiasa diawasi.

Fikiran yang bersih dan positif menjadi asas kepada akhlak yang baik. Apabila hati dipenuhi dengan lintasan negatif, hasad dengki, prasangka buruk dan keinginan yang melampaui batas.

FIKIRAN NEGATIF

Islam menekankan kepentingan menjaga hati kerana hati merupakan pusat segala niat dan perbuatan. Rasulullah SAW bersabda bahawa apabila hati itu baik, maka baiklah seluruh anggota badan, dan apabila hati itu rosak, maka rosaklah seluruh anggota badan.

Mengamalkannya secara istiqamah dengan penuh penghayatan mampu membantu menenangkan hati serta mendidik jiwa agar lebih dekat kepada Allah SWT.

Amalan doa hilangkan fikiran negatif ini wajar dijadikan rutin harian agar hati sentiasa bersih, fikiran terpelihara dan berada dalam lindungan Allah SWT.

Baca juga: Jadual Lengkap Tarikh Puasa Sunat Rejab 2025/2026, Jangan Lupa Baca Niat..

Sumber: Facebook Ezra Scarves

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×