Euforia Bola 2026
Deko & Hias

Isteri Tertinggal Seterika Ketika Bercuti, Suami Cerdik Guna Plastik & Air Panas Gosok Baju!

DIY seterika

Bila bercakap tentang DIY seterika, pasti ramai tak sangka sebenarnya kita boleh hasilkan alternatif mudah hanya dengan bahan yang ada di sekeliling.

Itulah yang berlaku dalam kisah tular baru-baru ini apabila seorang suami tampil dengan idea luar biasa semasa bercuti bersama isterinya. Di mana, dia menggunakan plastik dan air panas untuk menggantikan seterika (iron) yang tertinggal di rumah.

Baca juga: Dulu Seram Tengok Baju Putih Fabrik 100% Cotton Kotor, Sekarang Tak Lagi Bila Guna 1 Bahan ‘Power’ Ini!

DIY SETERIKA

DIY seterika

Gambar: TikTok @hnyy55

Bagi pencinta aktiviti melancong, tentu biasa dengan cabaran mengemas dan memastikan semua barangan penting tidak tertinggal. Namun, kadang-kadang tetap ada yang tercicir.

Dalam satu perkongsian di TikTok oleh @hnyy55, wanita itu mendedahkan bagaimana suaminya berjaya menyelesaikan masalah baju berkedut hanya dengan kreativiti ringkas dan pantas.

Suaminya menuang air panas ke dalam plastik, mengikatnya kemas dan menggunakan plastik panas itu untuk menyeterika baju dengan menggerakkannya perlahan-lahan di atas kedutan kain.

Ternyata teknik ini berhasil! Baju kembali licin dan kemas, tanpa perlu membeli seterika baru atau ke dobi.

Baca juga: Cara DIY Pintu Rumah, Dari Kembang & Terkopek Terus ‘Glow Up’ Macam Hotel 5 Bintang!

Baca juga: Wanita Ingatkan Kabinet Bertutup Pastikan Ada Lubang Udara, Kerana Dapur Gas Pernah Meletup!

Warga maya rata-rata kagum dengan tindakan suami tersebut yang berjaya menyelesaikan masalah dengan tenang dan bijak.

Malah, ada yang menyatakan teknik ini sangat sesuai digunakan dalam situasi kecemasan, terutama ketika melancong atau berada di tempat yang kekurangan kemudahan asas.

Situasi ini bukan sahaja mencuit hati tetapi juga memberi inspirasi kepada ramai untuk lebih kreatif dalam menyelesaikan masalah seharian. Siapa sangka DIY seterika boleh semudah itu?

Kadang-kadang benda kecil seperti ini boleh jadi pengajaran besar iaitu jangan panik, guna apa yang ada dan percayalah dengan sedikit usaha dan akal, masalah pasti ada jalan.

@hnyy55

Klau bininya Kira nakpi beli iron bru jaaa😂😂#fypage#fypシ゚viral🖤tiktok

♬ suara asli – Sound MeMe

Baca juga: Cara Buat Lilin DIY Guna Pengorek Telinga, Penyelamat ‘Black Out’ Tengah Malam!

Sumber: TikTok @hnyy55

FT Image: TikTok @hnyy55

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×