Euforia Bola 2026
Deko & Hias

Cara DIY Pintu Rumah, Dari Kembang & Terkopek Terus ‘Glow Up’ Macam Hotel 5 Bintang!

pintu rumah

Pintu rumah yang kembang, pecah dan terkopek memang boleh buat mood hias rumah terus hilang. Itu juga dilema yang dialami oleh Siti Amrina Rashada Mohamad apabila menyewa sebuah rumah yang sebenarnya cantik, terutama di bahagian dapur yang lengkap dengan tabletop.

Namun, kecacatan pada pintu bilik di bahagian bawah dipercayai akibat rumah pernah dinaiki air, sedikit sebanyak mencacatkan keseluruhan rupa ruang.

Baca juga: Tips Pakaian Kurang Kedut Lepas Guna Mesin Pengering, Tak Payah Susah Gosok!

DIY PINTU RUMAH KAYU TERKOPEK & KEMBANG PECAH

pintu rumah

Gambar: Siti Amrina Rashada Mohamad

Tak tunggu lama, Siti pun ambil inisiatif touch up sendiri pintu kayu yang rosak itu dengan cara DIY. Dari kopek bahagian pecah, sapu wood filler, gosok dengan kertas pasir sampailah bab cat.

Siap ada insiden ‘laki bini hampir bergaduh’ sebab salah faham jenis kemasan cat! Tapi yang penting, hasilnya memuaskan.

Dan bonusnya? Cat yang disangka high gloss rupa-rupanya jadi matte lepas kering. Memang kena dengan ayat trust the process!

Baca juga: Wanita Ingatkan Kabinet Bertutup Pastikan Ada Lubang Udara, Kerana Dapur Gas Pernah Meletup!

Baca juga: ‘Step By Step’ Tukar Kapasitor Kipas Siling, Kelajuan 1 Rasa Macam Angin Turbo!

Rumah ini kami menyewa. Bahagian dalam rumah cantik terutama bahagian dapur sebab dah siap-siap ada ‘tabletop’.

Satu je kekurangannya, bahagian pintu-pintu belah bawah itu jadi kembang pecah dan sudah terkopek. Mungkin sebab rumah ini pernah naik air.

Jadi, untuk mencantikkan semula:

  1. Kopekkan bahagian yang sudah pecah dan kikis bahagian yang berbonggol.
  2. Kemudian, tampal balik pakai wood filler.
  3. Biar semalaman sampai betul-betul kering.
  4. Gosok pakai kertas pasir. 
  5. Akhir sekali, boleh cat baru pintu tersebut.

Bahagian cat itu sampai bergaduh laki bini, sebab ingat cat jenis berkilat. Saya ini nak jenis ‘matte’, tapi baca pula dekat tin tulis ‘high gloss’.

Saya pun redha sahajalah, nanti beli lain. Tapi, sekali dah kering terus jadi ‘matte’! Itulah, tak nak ‘trust the process’ lagi.

PROSES TUTORIAL DIY PINTU RUMAH TERKOPEK

pintu rumah

Gambar Siti Amrina Rashada Mohamad: Pintu rumah kayu yang sudah terkopek dan kembang.

pintu rumah kayu

Gambar Siti Amrina Rashada Mohamad: Proses tampalan woodfiller dan menggosok guna kertas pasir pada pintu.

pintu rumah kayu

Gambar Siti Amrina Rashada Mohamad: Woodfiller yang digunakan untuk kesemua pintu yang rosak.

pintu rumah kayu

Gambar Siti Amrina Rashada Mohamad: Cat high gloss 1 liter dapat untuk dua pintu yang nampak berkilat pada mulanya tapi hasilnya menjadi matte.

Baca juga: Cara Buat Lilin DIY Guna Pengorek Telinga, Penyelamat ‘Black Out’ Tengah Malam!

Sumber: Siti Amrina Rashada Mohamad

FT Image: Siti Amrina Rashada Mohamad

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×