Euforia Bola 2026
Asuh

7 Idea DIY Mainan Sensori Untuk Anak, Main Sambil Belajar Jadi Lebih Seronok & Jimat Kos!

diy mainan untuk anak

Setiap ibu bapa pasti mahu anak-anak mereka bermain sambil belajar. Salah satu cara terbaik adalah dengan DIY mainan untuk anak yang fokus kepada aktiviti sensory.

Mainan jenis ini membantu perkembangan deria, motor halus, kreativiti, dan kemampuan fokus anak. Yang menariknya, anda boleh buat sendiri di rumah dengan bahan yang mudah diperoleh dan berikut merupakan beberapa idea DIY yang seronok untuk anak.

Baca juga: Ketagih Roblox, Anak 9 Tahun Jadi Pemarah & Tipu Tak Nak Sekolah…Ibu Akhirnya Rampas Telefon!

DIY MAINAN UNTUK ANAK FOKUS AKTIVITI SENSORI, KREATIF & SERONOK!

1. Slime Pelbagai Warna

diy mainan untuk anak

Foto: freepik

Bahan: Lem PVA, baking soda, contact lens solution, pewarna makanan.

Cara Buat:

  • Campurkan lem dengan sedikit baking soda.
  • Tambah pewarna makanan pilihan.
  • Masukkan contact lens solution sedikit demi sedikit hingga menjadi slime yang kenyal.

Manfaat: Mengasah deria sentuhan, kreativiti, dan imaginasi anak.

2. Botol Sensori (Sensory Bottles)

diy mainan untuk anak

Foto: freepik

Bahan: Botol plastik kosong, air, glitter, manik, pewarna makanan.

Cara Buat:

  • Isi botol dengan air dan glitter.
  • Tambah manik, biji, atau barang kecil lain.
  • Tutup rapat dan gam penutup botol.

Manfaat: Menenangkan anak, melatih fokus, dan mengenal tekstur.

3. Sand Play (Pasir Sensori)

Foto: freepik

Bahan: Pasir bersih atau pasir kinetik, bekas plastik.

Cara Buat:

  • Masukkan pasir ke dalam bekas besar.
  • Tambah cawan kecil, sudu, atau mainan bentuk haiwan.

Manfaat: Melatih kreativiti, kemahiran motor halus, dan eksplorasi deria sentuhan.

4. Pouch Gel Sensory

Foto: freepik

Bahan: Beg plastik ziplock, gel rambut atau hand sanitizer, manik, glitter.

Cara Buat:

  • Masukkan gel ke dalam beg plastik.
  • Tambah glitter, manik, atau biji kecil.
  • Tutup ziplock dan gam tepi beg untuk keselamatan.

Manfaat: Bagus untuk anak belajar tekanan, bentuk, dan warna.

5. Mainan Beras Warna-Warni

Foto: freepik

Bahan: Beras, pewarna makanan, bekas plastik.

Cara Buat:

  • Warnakan beras dengan pewarna makanan.
  • Masukkan beras ke dalam bekas bersama cawan atau senduk.

Manfaat: Membantu anak belajar warna, tekstur, dan latihan koordinasi tangan-mata.

6. Playdough Homemade

Foto: freepik

Bahan: Tepung, garam, air, minyak, pewarna makanan.

Cara Buat:

  • Campurkan semua bahan dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
  • Bentuk menjadi pelbagai bentuk kreatif.

Manfaat: Mengasah motor halus, kreativiti, dan imaginasi anak.

7. Botol Aroma Sensori

Foto: freepik

Bahan: Botol kecil, kapas, minyak wangi atau minyak pati.

Cara Buat:

  • Titiskan minyak pati pada kapas.
  • Masukkan kapas ke dalam botol dan tutup.

Manfaat: Melatih deria bau dan memberi pengalaman sensori unik.

*Tips Tambahan:

  • Sentiasa pantau anak semasa bermain untuk keselamatan.
  • Gunakan bahan yang tidak berbahaya dan sesuai untuk usia anak.
  • Biarkan anak eksplorasi sendiri untuk mengasah kreativiti dan imaginasi.

Dengan DIY mainan sensori ini, anda bukan sahaja menjimatkan kos, malah memberikan pengalaman bermain yang lebih bermakna dan mendidik untuk anak. Jom cuba hujung minggu ini!

Baca juga: “MasyaAllah Comelnya!”- Tengku Muhammad Johan Petra Masuk Prasekolah Montessori, Belajar 3 Bahasa Sekaligus!

Sumber: Zero To Three

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×