Sudah sedia maklum, bekalan elektrik boleh sahaja tiba-tiba terputus dan lilin merupakan benda pertama yang akan dicari. Sebenarnya, tanpa lilin anda juga boleh menggunakan pengorek telinga untuk menerangi ruang rumah.
Idea bijak kemahiran hidup ini sangat berguna dan boleh dimanfaatkan sekiranya stok lilin di rumah sudah habis.
Baca juga: 5 Tips Kemas Rumah Cepat-Cepat, Bila Tetamu Nak Datang ‘Last Minute’!
DIY LILIN GUNA PENGOREK TELINGA

Gambar Instagram @elmahalife_
Menerusi perkongsian dari seorang pengguna Instagram @elmahalife_ , kaedah untuk membuat lilin DIY (do it yourself) hanya memerlukan bahan sedia ada di rumah sahaja.
Tak cuak lagi dah kalau anda yang tinggal keseorangan dan tiba-tiba rumah black out sebab sudah tahu solusi kepada masalah tersebut.
Baca juga: Tips Baiki Helaian Bucu Buku Terlipat & Cara Kemas Balut Tulang Buku Teks Agar Tak Rosak!
- Pengorek telinga (putik kapas)
- Gelas saiz kecil
- 2 sudu teh beras
- Minyak masak
- Minyak telon bayi
- Air
- Pemetik api
Baca juga: [VIDEO] DIY Sabun Pencuci Pinggan Guna Limau Kasturi, Dapat 12 Liter & Jimat Bertahun!
- Sediakan bekas bersaiz kecil.
- Masukkan beras ke dalam gelas.
- Kemudian, 3/4 air daripada saiz gelas.
- Minyak masak pula masukkan dalam 1 sudu teh.
- Pacakkan pengorek telinga di tengah-tengah bekas tadi.
- Setelah itu, tambahkan minyak telon.
- Nyalakan pemetik api dan bakar di hujung kapas pengorek telinga.
Hasilnya, lilin DIY anda sudah menyala dan boleh menerangi ruang rumah yang kegelapan.
Baca juga: Ingat Letak Racun Atau Pasang Perangkap Dah Tewaskan Tikus, Rupanya 9 Cara Ini Lebih Berkesan!
Sumber: Instagram @elmahalife_
FT Image: Instagram @elmahalife_
