Euforia Bola 2026
Rakyat

Diskaun 30 Peratus Tiket ETS & ERT Mulai 15 April, Galakkan Rakyat Guna Pengangkutan Awam

diskaun tiket ets

Kerajaan melalui Kementerian Pengangkutan (MOT) dengan kerjasama Keretapi Tanah Melayu Berhad menawarkan diskaun tiket ETS dan ERT sebanyak 30 peratus bermula esok hingga 20 April sebagai usaha menggalakkan penggunaan pengangkutan awam dalam kalangan rakyat.

Baca juga: Wanita Kongsi Pengalaman & Tips Perjalanan Naik Sleeper Train Dari KL Sentral

DISKAUN TIKET ETS DAN ERT SEBANYAK 30 PERATUS BERMULA ESOK

diskaun tiket ets

Foto: KTMB

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, memaklumkan bahawa inisiatif tersebut melibatkan semua sektor ETS serta laluan JB Sentral–Tumpat–JB Sentral bagi perkhidmatan ERT.

Tawaran diskaun ini, bagaimanapun, hanya terpakai untuk perjalanan pada hari Isnin hingga Khamis.

Menurut beliau, langkah ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan untuk memperkukuh penggunaan pengangkutan rel yang lebih selesa, selamat dan efisien, di samping membantu rakyat menangani peningkatan kos sara hidup, khususnya kos perjalanan.

Inisiatif ini ditawarkan sebagai sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan untuk memperkasakan penggunaan pengangkutan awam melalui perkhidmatan kereta api yang lebih selesa, selamat dan efisien kepada rakyat,” katanya

Tambah beliau, promosi ini turut menggalakkan lebih ramai pengguna menggunakan pengangkutan awam yang lebih efisien serta mesra alam.

Syarat dan Tempoh Tawaran

diskaun tiket ets

Foto: Railway to See Malaysia

Bagaimanapun, diskaun tersebut tidak terpakai semasa musim cuti sekolah dan cuti umum bagi memastikan pengurusan tren dapat dikawal dengan lebih teratur ketika permintaan penumpang meningkat.

Tawaran penjimatan ini boleh dinikmati melalui pembelian tiket menggunakan kod promosi yang akan diumumkan oleh pihak KTMB, bermula 15 hingga 30 April 2026, bagi tempoh perjalanan antara 15 April hingga 14 Oktober 2026.

Selain itu, diskaun ini tidak melibatkan tiket kelas perniagaan ETS, kelas pertama serta kemudahan tempat tidur ERT, dan tidak terpakai kepada pemegang tiket konsesi sedia ada.

Langkah ini dijangka memberi manfaat kepada penumpang yang kerap menggunakan perkhidmatan rel, terutama bagi yang berulang alik untuk tujuan kerja, belajar dan urusan harian.

Dengan adanya diskaun ini, pengguna dapat mengurangkan perbelanjaa dalam kehidupan seharian.

Baca juga: Pengalaman Bercuti Ke Langkawi Naik ETS Bawa Anak Kecil. Seronok & Cukup Selesa

Sumber: Berita Harian dan Astro Awani

FT Images: Economy Traveller

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×