Euforia Bola 2026
Famili

Tragis! Bayi 2 Bulan Maut Selepas Dilarikan & Dicampak Dalam Tong Air Oleh Sekumpulan Monyet

dilarikan monyet

Seorang bayi berusia dua bulan berdepan maut selepas menjadi mangsa serangan sekumpulan haiwan liar, di mana mangsa telah dilarikan monyet.

Menurut ahli keluarga mangsa, bayi yang masih lemah selepas menerima rawatan di pusat trauma telah diletakkan di pekarangan rumah sementara ibunya mandi.

Baca juga: Bantu Aya Sofya 4 Tahun, Bergelut Kanser Saraf Perlu Sumbangan Rawatan Ke China Ahad Ini!

BAYI MAUT DILARIKAN MONYET DI PERKARANGAN RUMAH

dilarikan monyet

Foto Agensi

“Ketika itu, haiwan tersebut menceroboh masuk ke rumah berkenaan lalu melarikan bayi itu. Insiden itu disedari jiran mereka yang memaklumkan kepada keluarganya.

“Mereka kemudiannya cuba menjejaki mangsa dan akhirnya bayi itu ditemui mati lemas di dalam tong air di atas bumbung,” lapor media tempatan.

Bayi itu dikebumikan segera pada hari sama tanpa memaklumkan kepada pihak berkuasa.

Berita kematiannya hanya tersebar pada keesokan harinya dan membawa kepada siasatan polis serta prosedur post mortem dilakukan.

Meskipun penyiasat belum membuat kesimpulan rasmi, penemuan awal menyokong dakwaan keluarga itu berikutan insiden serupa turut berlaku di kawasan lain di Uttar Pradesh.

Kejadian tragis ini berlaku di perkampungan Suraipur di Uttar Pradesh, India pada Khamis lalu. – Agensi

Baca juga: Majlis Bersanding Berderai Tangisan Sedih, Selepas Dikhabarkan Bapa Pengantin Lelaki Meninggal Dunia

Langkah pencegahan untuk keselamatan bayi di rumah daripada dilarikan monyet

Ibu bapa digalakkan untuk lebih berwaspada, khususnya di kawasan yang sering diganggu monyet liar. Antara langkah pencegahan yang boleh dipraktikkan:

  • Pastikan bayi sentiasa berada di dalam rumah dan jangan ditinggalkan bersendirian di luar walaupun seketika.
  • Pasang jeriji, netting atau grill tingkap untuk mengelakkan monyet memasuki rumah.
  • Simpan makanan dengan baik kerana bau makanan boleh menarik perhatian monyet untuk menceroboh.
  • Gunakan buaian bayi atau katil dengan kelambu tertutup ketika meletakkan bayi, terutama di luar rumah.
  • Pantau kawasan sekitar rumah dan elakkan daripada membuang sampah merata yang boleh menarik haiwan liar.
  • Laporkan kepada pihak berkuasa tempatan jika terdapat gangguan monyet yang berterusan.
  • Didik anak yang lebih besar supaya tidak memberi makanan atau bermain dengan monyet kerana ia boleh mengundang bahaya.

Baca juga: Emas 916 Atau Campuran? Peniaga Kena Tipu Barang Kemas, Bongkar Cara ‘Check’ Ketulenan Emas Dengan Mudah!

Sumber: Sinar Harian

FT Image: Erfan Hazransyah/Ngopibareng.id

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×