Euforia Bola 2026
Famili

19 Tahun Menanti Gelaran Ibu Ayah, Pasangan Ini Akhirnya Dikurniakan Cahaya Mata, Sebak!

dikurniakan zuriat

Setelah hampir dua dekad mendirikan rumah tangga dan menanti, pasangan suami isteri ini akhirnya dikurniakan zuriat perempuan.

Kisah menyentuh hati yang dikongsikan oleh Dr. Salleha Khalid, Pakar Fertiliti dan Ginekologi, di media sosial ini dibanjiri komen daripada netizen yang turut sebak melihat momen tersebut.

Baca juga: Ibu Berkaki Ayam Dukung Tubuh Kaku Anak Lelaki, 6 Jam Sebelum Meninggal Masih Aktif, Hiba!

PASANGAN INI BERSYUKUR DIKURNIAKAN ZURIAT SELEPAS 19 TAHUN BERKAHWIN

DIKURNIAKAN ZURIAT

Puan Nor Asniah dan suaminya, Encik Syed Shamsul meluahkan rasa syukur kerana pada tahun 2024 ini mereka dikurniakan rezeki untuk merasai nikmat bergelar ibu dan ayah.

“Alhamdulillah pada tahun 2024, kami mula membuat rawatan di Sophea Fertility untuk mendapatkan anak. Alhamdulillah, tahun ini pada 16 Januari 2025 , saya melahirkan Sharifah Amanda Raudhah.

“Tahun 2025 kami anggap tahun paling manis. Memandangkan ini tahun ke-20 perkahwinan kami dan akhirnya meraikannya secara bertiga dengan kehadiran si kecil,” luahnya menerusi video tersebut.

Kelahiran bayi perempuan mereka pada Januari itu disambut dengan linangan air mata oleh seluruh keluarga dan sahabat handai.

Dalam pada itu, Nor Asniah turut menasihatkan ibu bapa yang masih berjuang untuk mendapatkan zuriat agar tidak berputus asa.

“Kepada pejuang di luar sana, jangan pernah putus asa. Insya-Allah, Allah dah tentukan rezeki sesuatu untuk kita, Allah berikan sesuatu tepat pada masanya. Saya juga yakin setelah 20 tahun, ni masa tepat Allah beri kami cahaya mata ditunggu-tunggu. Jadi insya-Allah terus berusaha sabar dan paling penting sentiasa berdoa kepada Allah,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet turut meluahkan rasa syukur dan tumpang gembira atas rezeki yang dikurniakan kepada pasangan tersebut.

Ramai yang terinspirasi dengan ketabahan mereka berdua dan menjadikan kisahnya sebagai pembakar semangat untuk terus berusaha dan tidak berputus asa.

“Allahuakbar, meremang baca kisah ni. Tahniah kak, penantian yang sangat berbaloi! Saya juga sudah 10 tahun menanti. Kisah ini buat saya rasa kuat semula. Terima kasih kerana berkongsi,” luah warganet.

Tidak kurang juga yang mendoakan kesejahteraan bayi dan keluarga tersebut serta menitipkan harapan agar lebih ramai pasangan yang diuji dengan ujian zuriat akan dikurniakan cahaya mata suatu hari nanti.

Baca juga: Ibu Terharu Terima Layanan Tip Top Di Klinik Kesihatan, Siap Cantumkan Kerusi Rotan Untuk Anak

Sumber: TikTok Dr Salleha Khalid

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×