Euforia Bola 2026
Didik

Netizen Setuju 100% ‘Common Sense’ Perlu Dididik Dari Rumah Terutamanya Anak Lelaki, Elak Jadi Beban!

didik anak

Common sense, atau akal fikiran yang logik, adalah kemahiran penting yang membantu seseorang membuat keputusan yang bijak dalam kehidupan seharian. Bagi kanak-kanak, pemahaman tentang common sense tidak datang secara semula jadi kerana ibu bapa kena didik anak tentang hal ini di rumah.

Inilah yang dikongsikan oleh seorang ibu bernama Suhasnida Ismail di laman Facebook, mendapat 100% persetujuan dari kalangan netizen yang mengatakan common sense merupakan adab yang sangat penting!

Baca juga: Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2026 Dibuka 1 Mac 2025, Daftar Cepat Supaya Anak Tak Tercicir!

DIDIK ANAK TENTANG ‘COMMON SENSE’ DARI RUMAH

didik anak

Jom kita baca perkongsian dan nasihat dari ibu ini supaya anda yang bakal atau sudah mempunyai anak-anak, boleh mulakan sesi ‘latihan’ mengenai apa itu common sense.

Bagi saya, common sense atau akal budi ni sesuatu yang perlu diajar sejak kecil, bermula dari rumah. Ia penting bukan saja untuk kehidupan seharian, tapi juga untuk membentuk seseorang jadi insan yang bertanggungjawab bila dewasa nanti. Kalau dari kecil tak dibiasakan, besar nanti boleh timbul masalah—contohnya, isteri balik kerja tak sempat buka tudung terus ke dapur masak, sedangkan suami boleh duduk rehat main game. Tak ada common sense, kan?

Nak guna gentle parenting ke, Asian parenting ke, itu pilihan masing-masing. Tapi saya percaya, didikan mak ayah zaman dulu masih relevan dan boleh diterapkan pada anak-anak zaman sekarang. Dulu, masa saya kecil, common sense ini memang kena tinggi. Contohnya:

Nampak pinggan dalam sinki, cuci
– Tengok baju belum jemur, pergi jemur
– Ada sayur atas meja, simpan dalam peti
– Nampak sampah, buang
– Mak tengah masak di dapur, pergi tolong
– Ayah angkat barang, tolong angkat sekali
– Mak ayah balik kerja, hidangkan air, bukan buat tak tahu

Kalau tak ada common sense, lain jadinya. Nampak sampah atas lantai, langkah je. Pinggan penuh dalam sinki, buat tak tahu sebab “bukan aku yang guna pun”. Ini contoh perangai yang tak bertanggungjawab.

COMMON SENSE PENTING TERUTAMANYA UNTUK ANAK LELAKI

didik anak

Bagi saya, nak bentuk common sense ini kena bermula dari rumah. Kena suruh, kena cakap, kena ulang ajar sampai anak faham sendiri tanpa disuruh. Memang penat nak ingatkan selalu, tapi itulah tugas kita sebagai ibu bapa. Biarlah kita penat sekarang, asalkan anak-anak bila besar nanti tak menyusahkan orang lain, terutamanya anak lelaki, supaya dia tak jadi beban kepada pasangan dia kelak.

Macam semalam, lepas makan, anak saya si Yam dah terbiasa kemas sendiri. Dia ambil penyapu, sapu lantai, lap meja. Pinggan dia sendiri dia basuh. Saya ada juga tolong sikit kutip pinggan lain dan letak dalam sinki, tapi saya nak tengok sama ada anak-anak ni faham ke tak konsep common sense yang selalu diajar.

Biasanya, Muslim akan cuci pinggan yang tinggal lepas dia balik tarawih. Saya selalu pesan, kalau ada pinggan dalam sinki, tolong basuh. Tak kira siapa punya, jangan berkira buat kerja. Awak buat, awak dapat pahala.

Minggu ni kira minggu “ujian” untuk tengok sejauh mana mereka faham. Alhamdulillah, setakat ni nampak hasil daripada berpuluh kali pesan sejak mereka kecil. Saya pun masih banyak kekurangan dalam mendidik tiga orang anak ni, tapi saya buat je mana yang mampu. Begitulah…

*Tak susah bukan?

Baca juga: Anak Hidap ‘Fires Epilepsy’ Penyakit Sawan Jarang Berlaku Di Malaysia, Kena Makan 21 Jenis Ubat Sehari!

Sumber: Suhasnida Ismail

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×