Euforia Bola 2026
Asuh

Pakar Psikiatri Kongsi 7 ‘JANGAN’ Dalam Proses Didik Anak Bila Mereka Berdepan Stres!

masalah stres

Dalam dunia serba mencabar hari ini, masalah stres bukan sahaja dihadapi oleh orang dewasa, malah kanak-kanak juga tidak terkecuali berdepan tekanan emosi sejak usia kecil.

Menurut perkongsian Dr Rozanizam Zakaria, antara ilmu terpenting yang boleh diwariskan kepada anak ialah kemahiran mengurus stres, tekanan dan masalah hidup dengan menjadikan setiap cabaran sebagai peluang pembelajaran.

Baca juga: Tak Sangka! Mak Asma & Ayah Resdung, Anak Boleh Kena Ekzema? Fahami Fenomena ‘Atopic March’

7 ‘JANGAN’ DALAM MENDIDIK ANAK MENGENDALIKAN MASALAH STRES

masalah stres

Gambar hiasan: Gemini AI

Beliau berkongsi 7 perkara ‘jangan’ yang perlu dielakkan oleh ibu bapa ketika mendidik anak mengendalikan stres.

1. Jangan ajar teknik burung unta

Jangan biasakan anak mengelak atau mengabaikan masalah yang dihadapi. Mengelak hanya menyebabkan stres terkumpul dan menjadi lebih besar.

Sebaliknya, ajar anak untuk:

  • Mengenal pasti masalah
  • Menamakan masalah
  • Menyuarakan perasaan
  • Berbincang secara terbuka

Tanamkan kefahaman bahawa “tidak mengapa untuk tidak rasa okay pada sesetengah masa”, asalkan tahu cara mengendalikan masalah tersebut.

2. Jangan jadi superhero kepada anak

Elakkan menjadi penyelamat terlalu awal atau menyelesaikan semua masalah anak.

Peranan ibu bapa ialah:

  • Facilitate
  • Acknowledge
  • Constructively support
  • Empower

Biarkan anak cuba menyelesaikan masalah sendiri, kemudian bantu mereka muhasabah dan perbaiki hasilnya.

3. Jangan ajar ‘One-Way Trip’

Jangan hadkan anak dengan satu versi masalah dan satu penyelesaian sahaja.

Ajar mereka untuk:

  • Melihat gambaran lebih besar
  • Berfikir di luar kotak
  • Memahami perspektif orang lain
  • Melihat dari sudut pandang berbeza

Kemahiran ini penting untuk mengurangkan sikap mementingkan diri (ego-centric).

Baca juga: Gusar Hati Mak Ayah Kes Dera Makin Menjadi-Jadi, Ini 5 Cara Pilih Tadika Yang Selamat & Terbaik!

masalah stres

Gambar hiasan: Freepik

4. Jangan jadi model yang salah

Anak belajar melalui pemerhatian. Cara ibu bapa mengendalikan masalah akan menjadi contoh langsung kepada mereka.

Terdapat dua pendekatan utama:

  • Emotional-focused coping
  • Problem-focused coping

Pastikan cara anda mengurus stres tidak memberi teladan negatif kepada anak.

5. Jangan rumitkan kaedah menghadapi stres

Kemahiran mengurus stres tidak perlu kompleks.

Teknik mudah yang boleh diamalkan:

  • Pernafasan dalam (deep breathing)
  • Mindfulness ringkas
  • Penyelesaian masalah
  • Berbual
  • Pelukan ringkas

6. Jangan lupakan keperluan asas emosi

Asas emosi yang stabil membantu anak lebih mudah mengurus tekanan.

Antaranya:

  • Kasih sayang dan perhatian
  • Rasa selamat
  • Tidur mencukupi
  • Pemakanan sihat
  • Riadah
  • Rakan yang positif

7. Jangan lari

Hadir dan tersedia ketika anak berada dalam fasa sukar amat penting.

Kemahiran mengurus stres tidak datang melalui leteran semata-mata, tetapi melalui:

  • Mendengar
  • Memahami
  • Menemani anak ketika susah

Perkongsian ini dipetik daripada buku Psikologi Si Kecil oleh Dr Rozanizam Zakaria, terbitan White Coat.

Baca juga: Ibu Kongsi 2 Cara Mujarab & Paling Lembut Atasi Masalah Sembelit Anak, Urut Tangan Macam INI Saja…

Sumber: Dr Rozanizam Zakaria

FT Image: Gemini AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×