Memiliki lebih 100 kiosk di sekitar semenanjung Malaysia, Muiz Hot Chicken kini meluaskan lagi cabang perniagaan mereka di Parit Raja, Batu Pahat, Johor.
Apa yang menarik, restoran kedua Muiz Hot Chicken ini menampilkan dekorasi moden ‘Insta-Worthy’ dengan ruang makan yang luas.
Selesa untuk anda luangkan masa dengan rakan-rakan dan ahli keluarga. Nak adakan sambutan hari lahir anak atau event berskala sederhana pun sangat-sangat sesuai.

Majlis pelancaran berlangsung meriah dan disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Mohd Farid Bin Kassim, Pegawai Daerah Batu Pahat.
Turut hadir pengasas Muiz Hot Chicken, Muhammad Muizzuddin, yang begitu teruja dengan sambutan hangat dari pelanggan dan komuniti setempat.

“Pembukaan cawangan kedua ini adalah satu lagi pencapaian penting buat kami. Kami amat teruja untuk mendekati lebih ramai pelanggan dan menyajikan hidangan yang bukan sahaja lazat, tetapi turut membawa nilai dan pengalaman istimewa,” kata Muhammad Muizzuddin.
100 pelanggan terawal dapat sertai ‘Spin Wheel’!

Sempena pembukaan rasmi, Muiz Hot Chicken bagi kejutan kepada 100 pelanggan pertama dengan aktiviti “Spin Wheel” yang menawarkan pelbagai hadiah menarik termasuk makanan percuma, baucar diskaun eksklusif, hinggalah barangan premium Muiz Hot Chicken.
Semua ini adalah untuk menghargai sokongan tanpa henti pelanggan mereka.

Terkenal dengan saiz ayam goreng yang besar, rasa ayam goreng yang rangup di luar, juicy dan pedas, Muiz Hot Chicken masih mengekalkan signature Ayam Goreng Muiz sebagai menu utama mereka.
Selain itu, anda juga boleh merasa Plenty Patty Burger, Zappy Hot Burger, Bubur Muiz dan aiskrim keluaran mereka di sana.
Cabutan bertuah: Muiz Hot Chicken sedia hadiah gempak!

Bermula 17 Mei 2025 hingga 16 Jun 2025, pelanggan yang berbelanja minimum RM100 dalam satu resit akan layak untuk menyertai Cabutan Bertuah “Beli dan Menang”.
Antara hadiah yang ditawarkan termasuk 5 buah motosikal baharu dan pelbagai baucar menarik dari Muiz Hot Chicken sendiri.

Bukan itu sahaja, Muiz Hot Chicken juga telah mengumumkan bahawa mereka bakal melancarkan Kids Meal pada awal Jun 2025. Set ini akan didatangkan bersama mainan ekslusif yang anda boleh dapat hanya di cawangan restoran mereka sahaja.
Ini merupakan Inisiatif Muiz Hot Chicken untuk jadi tempat makan mesra keluarga bagi semua peringkat umur.
Jadi apa lagi yang anda tunggu? Jika anda berada di sekitar Parit Raja, jangan lepaskan peluang untuk singgah dan nikmati Ayam Goreng Muiz di cawangan kedua restoran mereka.
Muiz Hot Chicken – Rasa Pedas Padu, Kenangan Manis Bersama!
Ikuti Facebook dan Instagram Muiz Hot Chicken untuk promosi, berita dan updates terkini.
