Euforia Bola 2026
Suami Isteri

Aaron Aziz Bagi Tips Perkahwinan Kekal Bahagia Selama 22 Tahun, No.3 Kena Elak Bila Bergaduh!

DATUK AARON AZIZ

Menerusi laman TikTok milik Datuk Aaron Aziz, bapa kepada 3 orang anak itu berkongsi beberapa tips berharga untuk pasangan muda atau mereka yang baru mendirikan rumah tangga.

Dalam perkongsian yang mendapat perhatian ramai itu, Aaron menekankan betapa pentingnya nilai komunikasi, tanggungjawab sebagai suami isteri, serta amalan rohani yang menjadi tunjang keharmonian rumah tangganya selama lebih dua dekad.

Baca juga: Akibat Kecuaian Doktor, Jari Cucu Rosyam Nor Alami Cacat Kekal, “Boleh Tak Saya Nak Saman…”

DATUK AARON AZIZ BAGI TIPS RUMAH TANGGA KEKAL BAHAGIA SELAMA 22 TAHUN

DATUK AARON AZIZ

1. Pilih pasangan yang anda tak mampu hidup tanpanya

Menurut Aaron, memilih pasangan hidup bukan sekadar soal cinta semata-mata.

“Carilah pasangan bukan sahaja sorang yang anda ingin hidup bersama tapi juga seorang yang anda rasa tidak boleh hidup tanpa dia.” pesannya.

Perasaan ini bukan berpaksikan kelemahan, tetapi mencerminkan komitmen mendalam terhadap pasangan. Ia menunjukkan betapa pentingnya pasangan itu dalam kehidupan kita.

2. Komunikasi kunci utama

“Komunikasi penting dalam perhubungan suami isteri, amalkan banyak berinteraksi secara lisan dan depan-depan,” jelasnya.

Kehadiran secara fizikal dan emosi ketika berinteraksi memberikan impak yang jauh lebih besar berbanding mesej digital yang sering disalah tafsir.

3. Jangan keluar rumah bila bergaduh

Pertengkaran adalah asam garam dalam rumah tangga. Namun, tindakan meninggalkan rumah semasa emosi memuncak boleh membawa kepada tabiat yang merosakkan.

“Jika ada arguements atau masalah, jangan keluar rumah. Mungkin ke bilik atau dapur dan minum segelas air untuk tenangkan diri…”

DATUK AARON AZIZ

4. Solat berjemaah

Tip yang paling penting menurut Datuk Aaron Aziz adalah menunaikan solat berjemaah bersama pasangan. Ini bukan sahaja mengeratkan hubungan suami isteri, tetapi juga mengundang rahmat dan keberkatan dari Allah SWT.

“Seorang suami mengimamkan isteri dan anak-anak amat penting untuk dapat keberkatan dan reda dari Allah SWT.”

Rumah yang dibina atas dasar ibadah dan dipimpin oleh suami sebagai imam akan lebih teguh dalam menghadapi apa jua ujian.

Baca juga: Bas, Penghadang Jalan & Mesej ‘Mati’, Tiga Lukisan Arwah Mustaqim Sebelum Tragedi Seolah Petanda

Sumber: TikTok Aaron Aziz

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×