Walaupun hanya merupakan sesi raptai penuh, ribuan rakyat Malaysia tetap membanjiri Dataran Putrajaya sejak awal pagi tadi, menunjukkan semangat patriotik yang tidak luntur menjelang Sambutan Hari Kebangsaan 2025.
Orang ramai mula memenuhi kawasan sekitar seawal 6 pagi, semata-mata untuk tidak melepaskan peluang menyaksikan pelbagai aksi perbarisan dan perarakan yang dipersembahkan dalam sesi raptai tersebut.
Baca juga: Minuman Halal Tapi Gaya Arak, Siap Guna Nama Pelik! Trend Peniaga Muslim Ini Makin Mengarut
DATARAN PUTRAJAYA DIBANJIRI, RAMAI NAK TENGOK ABANG ASKAR

Difahamkan, raptai bermula jam sekitar pukul 8 pagi itu akan berakhir seperti dijadualkan sebagaimana yang dirancang sekitar 10 pagi.
Selain itu, cuaca mendung pagi tadi sedikit sebanyak memberi keselesaan kepada pengunjung yang hadir selain mereka turut memberi sorakan sebagai sokongan kepada peserta perbarisan dan perarakan.
Tinjauan di media sosial, rata-rata mengambil peluang untuk menghadiri raptai berkenaan sambil berkongsi gambar serta pengalaman mereka di lokasi acara.
Hasil tinjauan di media sosial mendapati bahawa warganet paling ‘tertarik’ dengan penampilan anggota Tentera Darat yang berbadan sasa ketika raptai sambutan Hari Kebangsaan 2025.
Penampilan fizikal yang mengagumkan itu terus mencuri perhatian orang ramai, malah ada yang melabelkan ‘Abang Askar’ sebagai antara ‘highlight’ tidak rasmi raptai tersebut.
Lebih menarik, pasukan Tentera Darat itu dikatakan bakal menghadirkan kejutan khas semasa hari perarakan sebenar pada 31 Ogos nanti, sekali gus menambah keterujaan orang ramai untuk hadir menyaksikan sambutan secara langsung di Dataran Putrajaya.
Rata-rata warganet juga menyatakan rasa tidak sabar untuk menyaksikan sendiri persembahan penuh pasukan tersebut, yang dijangka menjadi antara tarikan utama pada Hari Kebangsaan tahun ini.
Baca juga: Lelaki Tak Dikenali Selamba Pegang Paha Budak 3 Tahun, Bila Dijerkah Terus Lari Tak Cukup Tanah!
Sumber: Media Sosial
