Euforia Bola 2026
Famili

Dahlia Rizal Selamat Lahirkan Bayi Perempuan, Nama Yusra Jadi Pilihan…

DAHLIA RIZAL

Pempengaruh media sosial, Dahlia Rizal mengumumkan berita gembira buat para pengikutnya di mana dia telah selamat melahirkan cahaya mata sulung perempuan secara pembedahan (caesarean) dengan berat 2.85 kilogram.

Dahlia berkongsi khabar manis itu menerusi laman media sosial miliknya, berserta gambar comel bayi yang baru dilahirkan dan diberi nama Yusra, nama yang indah dan penuh makna.

Baca juga: Menyesal Seumur Hidup Bila Tak Buat 5 Momen Macam Ini Dengan Anak, Tak Dapat Putar Masa Dah!

DAHLIA RIZAL SELAMAT LAHIRKAN PUTERI SULUNG, DIBERI NAMA YUSRA

DAHLIA RIZAL

“Anak perempuan kami.  Syukur pada Allah swt, Alhamdulillah Baby Yusra selamat dilahirkan pada 6 Mei 2025 seberat 2.85kg menerusi pembedahan. Alhamdulillah,” tulisnya ringkas di ruangan kapsyen.

Ruang komen pastinya dibanjiri ucapan tahniah dan doa daripada para pengikut yang turut berkongsi rasa teruja atas kelahiran permata hati pasangan tersebut.

Mereka turut mendoakan agar Dahlia diberikan kesembuhan yang cepat dan bayi Yusra membesar dengan sihat, solehah dan menjadi penyejuk hati ibu bapa.

“Alhamdulillah. Tahniah Dahlia and Imran! Mesti comel macam mommy dia. Tak sabar nak tengok muka,” komen pengguna media sosial.

Dalam pada itu, hantaran Imran, suami kepada Dahlia Rizal, turut mencuri perhatian ramai apabila dia menegaskan bahawa tiada istilah ‘cheatcode’ dalam proses melahirkan anak, khususnya bagi ibu-ibu yang memilih untuk menggunakan epidural.

Menurutnya, penggunaan epidural bukanlah jalan mudah seperti yang disangka oleh orang lain. Sebaliknya, ia melibatkan prosedur yang cukup rumit dan menyakitkan.

Imran turut meluahkan rasa kagum dan hormat terhadap isterinya serta semua wanita yang melalui proses melahirkan sama ada secara normal, pembedahan atau dengan bantuan ubat tahan sakit.

“Hari ini aku temani isteriku, menghadapi satu lagi fasa ujian sebagai seorang ibu. Aku saksikan sendiri kesakitannya, dari mula mengandung, sampai ke saat dia ambil suntikan epidural hari ini.

“Ada yang cakap ini ‘cheat code’ untuk kurangkan sakit bersalin tapi aku sendiri terkejut tengok jarumnya. Tak ada yang ‘cheat’ bila bercakap tentang perjuangan seorang ibu,” jelasnya dalam hantaran beremosi itu.

Coretan itu pastinya menyentuh hati ramai selain warganet membanjiri ruangan komen untuk meluahkan sokongan dan berkongsi pengalaman masing-masing.

Tahniah sekali lagi buat Dahlia Rizal dan Imran Aqil atas kelahiran puteri sulung mereka. Semoga Yusra membesar dalam lindungan dan rahmat Allah.

Baca juga: Pasangan Sensasi, Marissa Dania & Aslam Hadir Ke Mahkamah Syariah Untuk Pengesahan Nikah

Sumber: Dahlia Rizal & Intsgram Imran Aqil

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×