Euforia Bola 2026
Dapur

Resepi Daging Goreng Ketumbar ‘Ketagih’, Lenyek Dengan Nasi Panas Pasti Puas!

daging goreng ketumbar

Antara menu mudah boleh dicuba masak sendiri di rumah adalah daging goreng ketumbar seperti perkongsian di bawah ini. Hidangan ini pasti mampu membangkitkan selera anda terutamanya jika dinikmati bersama telur mata kicap.

Aroma wangi bau biji ketumbar yang meresap ke dalam daging menjadikan menu daging goreng ketumbar lebih istimewa berbanding biasa. Jom kita cuba!

Baca juga: Cara Buat Kuih Tepung Pelita Versi Moden, Aroma Daun Pandan Tetap Ada & Terlampau Sedap!

RESEPI DAGING GORENG KETUMBAR, MAKAN DENGAN NASI PALING SEDAP

Daging goreng ketumbar, makan dengan telur mata kicap. Menu simple dan sedap. 

Bahan-bahan daging goreng ketumbar:

  • 1 kg daging batang pinang dihiris nipis-nipis
  • 1-2 biji bawang besar hiris bulat
  • 2 sudu besar biji ketumbar (tumbuk separuh hancur)
  • Garam
  • Serbuk kunyit
  • Perasa makanan

Cara-cara penyediaan daging goreng ketumbar:

1. Satukan semua bahan dalam bekas kecuali bawang besar. Ratakan daging dengan semua bahan tersebut.

2. Panaskan minyak dan goreng daging sehingga masak. Tabur bawang besar dan kacau sekejap sehingga bawang layu.

Siap dan sedia untuk dihidangkan.

Jika menggunakan daging bahagian lambat masak (lambat empuk), kena masak teknik daging goreng Kelantan di mana minyak itu akan bertukar kepada air. Maksudnya, selepas daging dah gaul garam kunyit, masukkan ke kuali dan masuk air.

Pastikan api perlahan dan reneh daging hingga hampir lembut/empuk dan air kering. Kalau air dah kering tapi daging masih liat sila tambah lagi air teruskan mereneh. Setelah lembut dan air kering, boleh masukkan minyak dan goreng.

Menu daging goreng ketumbar ini sesuai dimakan bersama telur mata kuning ‘gedik-gedik’, sambal belacan dan sedikit kicap.

Selamat mencuba!

Baca juga: Cara Buat Puding Tiramisu Lemak Berkrim, Gabungan Sempurna Kopi & Keju!

Sumber: Facebook Aisyah Humaira

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×