Euforia Bola 2026
Famili

Cuti Wesak 2026 Hari Ahad & Keputeraan Agong Pula Hari Isnin, Hari Selasa Ada Cuti Ganti Atau Tidak?

CUTI WESAK

Cuti Wesak bagi tahun 2026 yang jatuh pada 31 Mei (Ahad) menjadi perhatian apabila melibatkan ketetapan cuti gantian serta pelaksanaan hari kelepasan am yang perlu dipatuhi oleh majikan dan pekerja.

Kementerian Sumber Manusia memaklumkan bahawa Kerajaan Persekutuan telah mewartakan dua hari kelepasan am sempena sambutan Hari Wesak dan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong bagi tahun 2026.

Baca juga: MyKad & Pasport Dengan Ciri Keselamatan Baharu Akan Diperkenal Bermula Jun Ini

CUTI WESAK & HARI KEPUTERAAN AGONG, INI PENJELASANNYA

CUTI WESAK

Freepik

Menurut kenyataan tersebut, tarikh cuti yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  • Hari Wesak: 31 Mei 2026 (Ahad)
  • Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong: 1 Jun 2026 (Isnin)

Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong merupakan salah satu daripada lima hari kelepasan am berbayar yang wajib diberikan oleh majikan kepada pekerja sektor swasta di Semenanjung Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan Labuan.

Perkara ini diperuntukkan di bawah subperenggan 60D(1)(a)(ii) Akta Kerja 1955 [Akta 265] dan cuti tersebut tidak boleh digantikan dengan hari lain.

Bagi Hari Wesak pula, ia merupakan cuti kelepasan am berbayar yang boleh dipilih oleh majikan sebagai sebahagian daripada baki enam hari kelepasan am berbayar yang perlu diberikan kepada pekerja seperti diperuntukkan dalam Akta sama.

Namun begitu, jika cuti tersebut jatuh pada hari rehat mingguan atau mana-mana cuti lain, maka hari bekerja berikutnya hendaklah dijadikan sebagai cuti gantian berbayar.

CUTI WESAK

Bagi majikan yang menetapkan hari Ahad sebagai hari rehat mingguan dan memilih Hari Wesak sebagai cuti berbayar, maka ketetapan adalah seperti berikut:

– 1 Jun 2026 (Isnin) kekal sebagai cuti umum berbayar sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong dan tidak boleh diganti.

– 2 Jun 2026 (Selasa) menjadi cuti gantian berbayar bagi Hari Wesak yang jatuh pada hari Ahad.

Walau bagaimanapun, cuti gantian ini boleh ditukar ke hari lain sekiranya mendapat persetujuan pekerja seperti diperuntukkan dalam subseksyen 60D(1A) Akta 265.

Dalam pada itu, pekerja yang bergaji RM4,000 dan ke bawah serta yang termasuk dalam kategori ditetapkan di bawah Akta Kerja 1955, layak menerima bayaran khas sekiranya diarahkan bekerja pada hari kelepasan am.

Bayaran tersebut hendaklah mengikut kadar yang telah ditetapkan di bawah subseksyen 60D(3) Akta 265.

Baca juga: “Macam Jumpa Diri Sendiri Balik” – Trend Gemini AI Tukar Gambar Dulu VS Sekarang Buat Netizen Sebak

Sumber: JTKSM Official

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×