Euforia Bola 2026
Famili

KPM Umum Cuti Sekolah Tambahan Sempena Deepavali 2024, Ini Maklumat Penuh

CUTI SEKOLAH TAMBAHAN

Sempena perayaan Deepavali yang bakal disambut pada hujung Oktober ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan bahawa ada cuti sekolah tambahan untuk sekolah-sekolah di Malaysia. Perayaan Deepavali akan disambut pada 31 Oktober, Khamis ini.

Baca juga: Pejabat TikTok Malaysia Berhentikan Ratusan Pekerja, Diganti Dengan Robot AI

CUTI SEKOLAH TAMBAHAN SEMPENA DEEPAVALI 2024

CUTI SEKOLAH TAMBAHAN

Kredit: Utusan

Cuti sekolah tambahan ini dipecahkan mengikut dua kategori kumpulan iaitu A dan B. Bagi Kumpulan A, ia terdiri daripada sekolah-sekolah di negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Manakala Kumpulan B pula sekolah-sekolah di negeri Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Di sini, kami kongsikan tarikh penting cuti perayaan Deepavali sebagai panduan bersama.

30 Oktober 2024 (Rabu) – Cuti Tambahan KPM (Kumpulan A)

31 Oktober 2024 (Khamis) – Cuti Deepavali (Kumpulan A dan Kumpulan B)

30 Oktober 2024 (Rabu) dan 1 November 2024 (Jumaat) – Cuti Tambahan KPM (Kumpulan B kecuali Sarawak)

Sarawak sahaja: Tiada cuti tambahan

Kesimpulannya, keseluruhan cuti yang diberikan oleh KPM adalah seperti berikut:

1. Kumpulan A: 30 Oktober hingga 2 November (Rabu hingga Sabtu, empat hari)

2. Kumpulan B kecuali Sarawak: 30 Oktober hingga 3 November (Rabu hingga Ahad, lima hari)

Diharapkan agar ibu bapa menyusun jadual aktiviti anak dengan aktiviti berguna. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat  anda semua.

Baca juga: Permit ETIAS Ke Negara Eropah Diperlukan Untuk Tahun 2025 Bagi Pemegang Passport Malaysia

Sumber: Sinar Bestari

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×