Bermula 1 Julai ini, semua bank di Malaysia akan mula mengenakan cukai perkhidmatan sebanyak lapan peratus ke atas perkhidmatan kewangan tertentu yang dikenakan yuran dan komisen.
Ini berikutan pewartaan perundangan cukai perkhidmatan baru-baru ini berhubung pengembangan skop cukai perkhidmatan, kata ABM, Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) dan Persatuan Perbankan Pelaburan Malaysia (MIBA)
Baca juga: Pelajar UM Bangunkan Aplikasi ‘KelantanLingo’, Lebih Mudah Nak Faham & Belajar Dialek Kelantan
CUKAI PERKHIDMATAN 8% DIKENAKAN UNTUK KHIDMAT KEWANGAN BERMULA 1 JJULAI

Pelaksanaan berkenaan adalah sebahagian daripada peluasan skop cukai perkhidmatan yang telah diwartakan baru-baru ini.
“Cukai perkhidmatan ini hanya dikenakan ke atas perkhidmatan kewangan tertentu yang melibatkan bayaran yuran dan komisen.
“Sebagai contoh, caj berkaitan akaun simpanan dan semasa, termasuk untuk perkhidmatan asas kepada orang ramai, tidak akan dikenakan cukai, sama ada bagi perbankan konvensional mahupun Islam,” katanya lagi.
Persatuan Bank-Bank dalam Malaysia (ABM), Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM) dan Persatuan Bank-Bank Antarabangsa Malaysia (MIBA) menasihati para pelanggan untuk merujuk kepada pengumuman rasmi yang dikeluarkan oleh institusi perbankan masing-masing berkaitan pelaksanaan cukai perkhidmatan yang baharu.

Menurut kenyataan bersama itu, maklumat terperinci akan dikemas kini melalui saluran rasmi bank bagi memastikan pelanggan menerima informasi yang tepat dan terkini berhubung sebarang perubahan atau pengecualian yang berkaitan.
Pelaksanaan cukai perkhidmatan ini dijangka memberi kesan kepada beberapa perkhidmatan perbankan bukan asas seperti pemindahan dana merentasi sempadan, transaksi pelaburan, penyediaan laporan khas serta perkhidmatan nasihat kewangan tertentu.
Langkah ini merupakan sebahagian daripada strategi kerajaan untuk meluaskan asas percukaian negara secara berperingkat tanpa membebankan golongan berpendapatan rendah, di samping menyokong agenda konsolidasi fiskal dalam jangka masa sederhana.
Baca juga: Tahniah! Fakulti Masscomm UiTM Dinobatkan No.1 Terbaik Di Malaysia & No.7 Di Asia
Sumber: Berita Harian
