Euforia Bola 2026
Dapur

Tular Resipi Cucur Ayam Bebas Gluten, Ramai Anak Kata Sedap Macam Nugget, Minta Hari-Hari Nak Makan!

cucur ayam

Cucur ayam sering kali jadi menu ringkas tetapi penuh dengan kenangan indah bila dinikmati bersama keluarga. Menurut perkongsian Nina Salleh, cuti Merdeka lalu dia memilih aktiviti santai bersama anak-anak dengan mengadakan piknik tepi tasik.

Suasananya sederhana sahaja bentang tikar, sambil menikmati angin sepoi-sepoi, anak-anak bermain dan melihat ikan, manakala dirinya pula duduk bersantai. Menu yang dibawa pun ringkas, hanya bihun goreng dan cucur ayam bebas gluten kegemaran anak-anak.

Baca juga: Wanita Ini Dedah Cara Unik Simpan Lengkuas, Tak Kering Keras Walau Berbulan & Sentiasa Sedia Pakai!

CUCUR AYAM GLUTEN FREE, ANAK SUKA RASA SEAKAN NUGGET

cucur ayam

Gambar: Nina Salleh

Dia berkongsi lagi, sejak kali pertama mencuba cucur ayam gluten free ini, anak-anak sering meminta untuk dibuat lagi kerana rasanya seakan nugget. Malah, menu ini kini menjadi kegemaran baharu mereka.

Bahan-bahan:

  • 1 cawan nasi sejuk
  • 1 cawan isi ayam
  • ½ batang lobak merah, diparut halus (pilihan)
  • 1 biji bawang Holland
  • 2 biji telur
  • 1 cawan tepung beras
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil garam Himalaya
  • ½ sudu kecil serbuk lada putih
  • Sedikit daun bawang & daun sup (jika suka)

Cara-cara membuat:

cucur ayam

Gambar: Nina Salleh

  1. Campurkan semua bahan dan kisar hingga sebati.
  2. Masukkan isi ayam dan daun sup atau daun bawang untuk menambah rasa serta tekstur (jika suka).
  3. Panaskan minyak dengan banyak, kemudian goreng adunan hingga keemasan.
  4. Angkat dan toskan minyak.

Hasilnya, cucur ayam ini bukan sahaja mudah disediakan, malah rasanya rangup di luar dan lembut di dalam seakan nugget yang pasti disukai anak-anak.

Kata Nina, cucur ayam gluten free ini memang wajib ada stok di rumah kerana ia cepat habis dimakan. Tambah seronok bila dinikmati bersama bihun goreng di tepi tasik atau dalam apa jua suasana santai.

Baca juga: Resipi Kerabu Tauge Kerang Pucuk Paku, ‘Salad’ Tradisi Paling Istimewa Di Hati Orang Melayu!

Sumber: Nina Salleh

FT Image: Nina Salleh

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×