Euforia Bola 2026
Sihat

Sungai BUKAN Tempat Cuci Perut & Buang Najis Lembu, Jangan Biasakan Benda Yang Salah

CUCI PERUT LEMBU

Setiap kali tibanya Hari Raya Aidiladha, perbuatan cuci perut lembu dan membuang najis haiwan korban ke dalam sungai pasti berulang.

Walaupun perkara ini sering ditegur, namun masih ada segelintir individu yang mengambil jalan mudah tanpa memikirkan kesan jangka panjang terhadap alam sekitar dan kesihatan masyarakat.

Baca juga: Masuk Kedai Buku Atau Kedai Eco Mesti Perut Buat Hal? Rupanya Ini ‘Magic’ Di Sebalik Sains!

CUCI PERUT LEMBU & BUANG NAJIS DI SUNGAI, ITU CARA YANG SALAH

CUCI PERUT LEMBU

Air sungai yang tercemar dengan najis haiwan itu bukan sahaja mengganggu ekosistem semula jadi, malah boleh menjadi punca penularan penyakit bawaan air seperti taun dan keracunan. Lebih membimbangkan, sungai yang digunakan penduduk untuk kegunaan harian turut terjejas.

Perkara ini turut mendapat perhatian daripada Public Health Malaysia dan menegur tindakan itu kerana lebih banyak kemudaratan berbanding kebaikan.

“Setiap kali tibanya musim korban, amalan ibadah ini membuka ruang untuk kita berbuat baik, bukan saja kepada sesama manusia, tetapi juga kepada alam sekitar. 

“Namun sayangnya, masih berlaku perbuatan membasuh najis dan perut lembu terus ke dalam sungai. Niat mahu membersih, tapi tindakan ini membawa lebih banyak kemudaratan daripada kebaikan,” jelasnya.

Jadi, antara saranan cara cuci perut lembu dan najis haiwan korban adalah seperti berikut:

– Pastikan jarak sekurang-kurangnya 50–100 meter dari sungai, longkang atau sumber air awam.

– Perut dan usus tidak boleh dibasuh di sungai.

– Sediakan lubang najis/tong najis khas yang dikambus selepas digunakan.

– Najis dan organ buangan dikumpulkan dalam plastik hitam tebal dan dihantar ke tapak pelupusan.

– Sisa haiwan ditanam dalam lubang dalam, jauh dari sungai dan rumah.

– Jangan biarkan sisa terbuka atau dimakan haiwan liar.

Tindakan cuci perut lembu dan membuang najis ke dalam sungai semasa Hari Raya Aidiladha adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab selain memberi kesan buruk kepada alam sekitar serta kesihatan awam.

Semua pihak harus lebih peka dan mengambil langkah yang lebih beretika dalam mengendalikan ibadah korban agar ia tidak mencemarkan sungai yang menjadi sumber air penting kepada masyarakat.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Calar ‘Sikit’ Pada Periuk Masakan Rupanya Boleh Jadi Punca Kanser, Sebab Ada Bahan INI!

Sumber: Public Health Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×