Euforia Bola 2026
Famili

Tiga Negeri Catat Cuaca Panas Tahap 1 Atau Berjaga-Jaga, Cecah Suhu 37 Darjah Celcius!

CUACA PANAS TAHAP 1

Beberapa daerah di tiga negeri mengalami cuaca panas Tahap 1 atau berjaga-jaga kerana mencatatkan suhu maksimum harian hingga 37 darjah celcius selama tiga hari berturut-turut.

Menurut laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebanyak tiga negeri terbabit adalah Kedah, Perak dan Kelantan.

Baca juga: Umat Islam Di Malaysia Sambut Hari Raya Aidiladha 2025 Pada 7 Jun (Sabtu) Depan

3 NEGERI KINI BERADA DI CUACA PANAS TAHAP 1/BERJAGA-JAGA

CUACA PANAS TAHAP 1

Freepik

Di Kedah membabitkan daerah Bandar Baharu manakala Perak pula di daerah Larut, Matang, Kuala Kangsar dan Perak Tengah. Di Kelantan pula daerah yang mengalami cuaca panas Tahap 1 adalah Machang dan Kuala Krai.

Selain itu, negeri lain seperti Sabah dan Sarawak mencatatkan suhu harian kurang daripada 35 darjah celcius.

Sehubungan dengan keadaan cuaca panas Tahap 1 ini, orang ramai diingatkan agar mengambil langkah pencegahan bagi melindungi kesihatan.

Antara langkah yang disarankan termasuklah menghadkan aktiviti luar ketika cuaca terik, memastikan pengambilan air mencukupi, serta berlindung di kawasan teduh atau berhawa dingin.

Dengan suhu yang terus meningkat, penting untuk semua pihak kekal peka dan menjaga kesihatan diri agar tidak terjejas akibat cuaca panas yang berpanjangan.

Baca juga: Senarai Tarikh Penting Dalam Bulan Zulhijjah 2025, Jangan Ada Yang Terlepas Pandang!

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×