Jabatan Meteorologi Malaysia di laman Facebooknya hari ini mengeluarkan amaran cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) di tujuh kawasan Semenanjung Malaysia.
Hantaran tersebut memaklumkan bahawa suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama 3 hari berturut-turut.
Baca juga: KPM Umum Cuti Sekolah Tambahan Sempena Deepavali 2024, Ini Maklumat Penuh
CUACA PANAS DI 7 KAWASAN SEMENANJUNG SELAMA TIGA HARI

Antara kawasan yang terlibat adalah Larut, Matang dan Kuala Kangsar di Perak; Gombak dan Petaling di Selangor; Wilayah Persekutuan Putrajaya; serta Maran dan Temerloh di Pahang.
Orang awam dinasihatkan agar sentiasa berjaga untuk mengelakkan masalah kesihatan seperti strok haba atau dehidrasi. Antara langkah yang boleh diambil adalah:
- Minum air secukupnya
- Elakkan aktiviti di luar
- Pakai pakaian bersesuaian/ringan
- Pantau keadaan kesihatan
- Cukup mandi
- Gunakan pelindung matahari
- Ruang pengudaraan yang baik
Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, orang ramai boleh melayari laman sesawang rasmi iaitu https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas
Baca juga: Belanjawan 2025: Kebajikan & Pendidikan Anak Autistik Akan Berada Pada Tahap Lebih Baik
