Euforia Bola 2026
Famili

4 Kawasan Di Semenanjung Catat Cuaca Panas Tahap Berjaga-Jaga

CUACA PANAS DI MALAYSIA

Menerusi Facebook rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), ada kongsikan cuaca panas di Malaysia telah mencatatkan cuaca panas (Tahap 1) berjaga-jaga.

Cuaca panas Tahap 1 (berjaga-jaga) adalah bermaksud suhu maksimum harian 35-37 darjah Celcius sekurang-kurangnya selama 3 hari berturut-turut.

Baca juga: Air Selangor Umum Gangguan Bekalan Air Terkini, Ini Senarai Kawasan Terjejas

CUACA PANAS DI MALAYSIA, 4 KAWASAN CATAT CUACA BERJAGA-JAGA

CUACA PANAS DI MALAYSIA

Dua kawasan di Perak mencatatkan cuaca panas Tahap 1 (berjaga-jaga) adalah di Larut Matang dan Kuala Kangsar. Selain Perak, dua kawasan turut mencatatkan suhu panas Tahap 1 adalah di Kuala Kerai, Kelantan, dan Rompin, Pahang.

Orang awam dinasihatkan agar sentiasa minum air putih secukupnya agar kekal hidrasi dan tidak menyebabkan kesihatan terganggu.

Selain itu, anda juga disarankan untuk mengurangkan sebarang aktiviti di luar sekiranya tiada keperluan. Hal ini kerana cuaca panas boleh menyebabkan strok haba.

Pakai pakaian lebih ringan dan warna bersesuaian apabila berada di luar kerana ia juga boleh membantu mengurangkan rasa panas.

Jika berada di luar dalam jangka masa yang lama, dinasihatkan agar membawa payung atau pakai topi. Ini bertujuan untuk mengelakkan pancaran haba terus ke badan atau muka.

Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, boleh rujuk kepada https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/

Semoga artikel ini memberi manfaat buat anda semua dan jaga kesihatan diri ya!

Baca juga: Gangguan Bekalan Air Selangor, Ini Senarai Kawasan Yang Belum Pulih

Sumber: Facebook Jabatan Meteorologi Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×