Euforia Bola 2026
Editorial Support

Creator Idol TikTok Shop, Lahirkan 150 Bintang Baru Dunia Affiliate Malaysia

Pernah terfikir macam mana nak jana pendapatan hanya dengan buat content?

TikTok Shop kini tampil dengan inisiatif luar biasa, ‘Creator Idol 2025’, yang menghimpunkan 150 pencipta kandungan berbakat untuk dibimbing oleh lima nama besar dalam industri!

Dari menjual produk dalam beberapa minit ke membina empayar perniagaan digital, program ini membuka jalan untuk pencipta kandungan merealisasikan impian mereka.

Bila kreativiti bertemu kejayaan!

Bayangkan, 150 pencipta kandungan berkumpul dalam satu program eksklusif di bawah bimbingan mentor hebat. Bermula dengan Hari Mentor-Menti, peserta ‘Creator Idol 2025’ berpeluang mendengar perkongsian pengalaman, strategi dan cabaran daripada mentor mereka sendiri.

Lebih menarik, sesi meja bulat membolehkan peserta bertanya soalan secara terus kepada mentor! Ini bukan sekadar teori, tapi strategi real-life daripada mereka yang telah berjaya membina empayar sendiri melalui TikTok Shop.

Apa yang membezakan program ini? Menti bukan hanya dipilih berdasarkan populariti atau jumlah pengikut, tetapi kesungguhan serta potensi mereka dalam membina perniagaan berasaskan kandungan.

Siapa Mentor di Sebalik ‘Creator Idol 2025’?

Nama-nama seperti Khairul Aming, Eira Syazira, Pinn Yang, Dear Carynn, dan Puspa Gomen bukan asing dalam dunia digital. Mereka bukan sekadar pencipta kandungan biasa—tetapi juga usahawan berjaya yang telah mengubah kreativiti mereka menjadi sumber pendapatan berterusan.

Menurut Khairul Aming, “Mencipta kandungan adalah satu perkara, namun mengubahnya menjadi perniagaan yang lestari? Itu adalah cabaran yang berbeza sama sekali. Menerusi ‘Creator Idol 2025’, kami menyediakan menti dengan alat, strategi, dan pengetahuan di sebalik tabir yang diperlukan mereka—bukan hanya untuk dikenali, tetapi untuk membina sesuatu yang berkekalan,” katanya.

Setiap mentor diberikan lebih 30 mentee untuk dibimbing dalam strategi pemasaran afiliasi, pembangunan kandungan, serta teknik pertumbuhan dalam kategori e-dagang utama seperti Makanan & Minuman, Kecantikan, Fesyen, Kesihatan, Elektronik, dan Gaya Hidup.

Apakah yang menanti para menti?

Program ini berlangsung selama 12 minggu, di mana peserta akan menerima akses eksklusif kepada maklumat terkini, tip dalaman, dan sumber daripada pasukan TikTok Shop bagi membantu mereka mengikuti trend terkini serta mengasah kemahiran e-dagang mereka.

Yang paling best, menti yang menunjukkan prestasi cemerlang bakal menerima peluang lawatan industri eksklusif bersama mentor mereka. Bukan setakat belajar, mereka akan terjun terus ke dunia perdagangan sosial global dan mendapatkan inspirasi daripada pemain industri besar.

TikTok Shop ubah landskap e-dagang Malaysia

‘Creator Idol 2025’ bukan sekadar program latihan biasa, tetapi ia adalah satu platform yang bakal melahirkan bintang baru dalam dunia e-dagang. Dengan gabungan kreativiti, strategi dan bimbingan mentor hebat, generasi baru pencipta kandungan bakal mengubah cara kita berbelanja dalam talian.

Jadi, siapakah bintang TikTok Shop Malaysia yang seterusnya? Nantikan perjalanan mereka dan saksikan siapa yang bakal jadi ikon baru #TikTokShopCreatorIdol2025!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×