Meneroka minat baru merupakan satu bentuk terapi kepada diri sendiri.
Dari sinilah sebuah ruang kreatif bermula. Ianya membuka peluang kepada semua orang untuk mempelajari ilmu baru menghasilkan lilin wangi dengan pelbagai bentuk menarik.
Bukan sekadar bengkel kreatif, Craft Lab Sungai Buloh adalah sebuah ruang untuk membuka potensi dan memberi peluang kepada semua orang terutamanya kaum wanita untuk mengembangkan bakat sekali gus mengembalikan keyakinan diri.
Belajar buat lilin, kembalikan rasa percaya diri

Di bengkel kreatif Craft Lab Sungai Buloh peserta akan diajar untuk menggabungkan kemahiran tangan, kreativiti untuk menghasilkan lilin yang wangi. Ianya satu pengalaman yang sangat menarik kerana ada banyak ilmu yang boleh peserta pelajari di sana. Dalam masa yang sama peserta juga dapat buat kawan baru, dan bina hubungan positif bersama peserta yang lain.
Oleh sebab itu melalui bengkel kreatif ini, peserta bukan sahaja dapat belajar buat lilin tapi mereka dapat kembalikan rasa percaya diri.

Dalam setiap sesi workshop, peserta diajar asas pembuatan lilin secara praktikal dan mudah difahami. Daripada mencairkan lilin, memilih bau, hingga menghasilkan lilin sendiri, semuanya dilakukan dengan penuh perhatian.
Craft Lab Sungai Buloh ruang kreatif untuk semua

Ramai menyangka bengkel kreatif ini hanya untuk wanita. Hakikatnya, sesiapa sahaja boleh menyertainya especially mereka yang suka dengan kerja-kerja kraftangan.
Kalau anda nak tahu, di bengkel kreatif Craft Lab Sungai Buloh peserta datang daripada pelbagai latar belakang termasuk wanita bekerjaya, suri rumah, ibu bapa, suami isteri, pendidik dan individu yang mencari sesuatu yang baru untuk mereka cuba. Ada juga yang sertai bengkel kreatif ini untuk mencari ketenangan atau escape daripada tekanan harian.
Di ruang ini, semua peserta dapat belajar tanpa perbandingan dan tanpa tekanan. Jadi, mereka boleh mengekspresikan kreativiti mereka sebebasnya.
Maka, tak hairanlah bengkel kreatif ini juga menjadi ruang bonding yang sangat bermakna.
Hobi buka peluang baharu
Bukan sekadar hobi dan terapi, pembuatan lilin juga memiliki potensi besar untuk dijadikan sebagai sumber pendapatan.
Hal ini kerana, scented candle memiliki peminatnya yang tersendiri. Melalui bengkel kreatif ini, peserta bukan sahaja memperoleh kemahiran sebenar tetapi peserta turut akan dibekalkan dengan input-input mengenai kebolehpasaran lilin wangi.
Craft Lab Sungai Buloh percaya bahawa kreativiti mampu membuka pintu kepada pertumbuhan peribadi dan peluang baharu dimana perjalanan setiap peserta diraikan bersama-sama.
Dengan adanya bengkel kreatif ini, anda boleh kembangkan potensi diri. Kalau sekadar nak tambah ilmu, nak sertai sebab nak ada me time untuk diri sendiri pun tak ada masalah. Bukan apa, kadangkala perubahan besar boleh bermula daripada satu langkah kecil.
Min difahamkan tak lama lagi Craft Lab Sungai Buloh, akan buat tour ke seluruh negeri. Jadi, stay tuned dan follow TikTok, Instagram dan Facebook Craft Lab Sungai Buloh untuk maklumat terkini berkenaan bengkel dan aktiviti yang mereka anjurkan.
Hubungi nombor telefon 010-2528737 untuk pendaftaran dan mulakan langkah anda bersama Craft Lab Sungai Buloh.
