Euforia Bola 2026
Asuh

Ciri-Ciri Anak Alami Disleksia Yang Selalu Diabaikan, Jangan Suka-Suka Anggap Si Kecil Pemalas

CIRI CIRI DISLEKSIA

Bergelar ibu ayah, anda seharusnya peka dengan ciri ciri disleksia kerana ia sering disalah anggap oleh orang sekeliling. Menerusi perkongsian di laman Facebook Public Health Malaysia, anak disleksia bukan pemalas seperti yang disangkakan.

Disleksia merupakan gangguan pembelajaran khusus yang memberi kesan kepada kemahiran membaca, menulis, dan mengeja seseorang individu.

Baca juga: Bila Anak Tunjuk 5 Tanda Ini, Maknanya Dia Tengah ‘Stress’ Belajar! Ibu Ayah Tolong Jangan Biarkan

CIRI CIRI DISLEKSIA, IBU AYAH JANGAN ANGGAP ANAK ‘MALAS’

CIRI CIRI DISLEKSIA

FREEPIK

Ciri ciri disleksia adalah seperti berikut:

1. Sukar mengeja atau membaca, walaupun sudah berulang kali diajar

Individu yang mempunyai masalah disleksia sering menghadapi kesukaran memproses perkataan secara fonetik. Ini menyebabkan mereka sukar mengenal pasti bunyi huruf dalam perkataan dan menggabungkannya dengan betul walaupun sudah dilatih berulang kali.

2. Keliru antara huruf, seperti ‘b’ dan ‘d’, atau ‘p’ dan ‘q’

Antara ciri ciri disleksia yang seterusnya adalah sering keliru dengan huruf-huruf yang mempunyai bentuk hampir sama tetapi arah bertentangan.

3. Ciri ciri disleksia – tertinggal atau terbalik huruf dalam tulisan

Selain mempunya kekeliruan antara huruf, ciri ciri disleksia selanjutnya adalah menulis huruf secara terbalik (contohnya menulis ‘s’ sebagai ‘z’).

4. Lambat kenal suku kata atau bunyi huruf berbanding rakan sebaya

Kesukaran dalam mengenal bunyi huruf menyukarkan mereka untuk membina kemahiran membaca awal. Ini sering menjadi tanda awal disleksia pada usia prasekolah atau awal sekolah rendah.

5. Sukar fokus bila membaca, tapi sangat bijak dalam perbualan atau aktiviti visual

Individu yang mempunyai ciri ciri disleksia biasa lebih cerdas, tinggi dan kreatif, tetapi mereka mudah hilang tumpuan apabila berdepan dengan teks bertulis kerana ia memerlukan usaha kognitif yang lebih besar.

6. Mudah lupa arahan bertulis, tetapi boleh ingat dengan baik jika diberitahu secara lisan

Ini berlaku kerana mereka lebih mudah menyerap maklumat melalui pendengaran berbanding pembacaan. Gaya pembelajaran ciri ciri diskleksia adalah bersifat auditif dan visual berbanding teks.

7. Mengelak tugasan membaca atau menulis, kerana takut salah

Ciri ciri disleksia yang terakhir sekali adalah mempunyai kurang keyakinan diri sehingga membuatkan individu berkenaan cuba mengelak aktiviti yang melibatkan bacaan atau penulisan.

Disleksia bukan masalah kecerdasan dan anak disleksia bukan pemalas. Mereka hanya belajar dengan cara yang berbeza. Lagi awal dikesan, lagi besar potensi mereka boleh berkembang.

Jika anda nampak ciri ciri disleksia ini pada anak, jangan tunggu. Berbincanglah dengan guru atau pegawai perubatan untuk penilaian lanjut.

Baca juga: Tanda-Tanda Ibu Bapa Selalu Abaikan Anak, Nombor 9 Ramai Buat & Anggap Dah ‘Perfect’!

Sumber: Facebook Public Health Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×