Euforia Bola 2026
Deko & Hias

Nak Tahu Berus Itu Guna Bulu Babi Atau Tidak? Ini Ciri-Ciri Paling Senang Kenal Pasti Sebelum Beli!

berus bulu babi

Bagi umat Islam, mengetahui ciri-ciri berus bulu babi adalah penting kerana khinzir merupakan haiwan yang diharamkan dalam Islam dan tergolong sebagai najis mughallazah (najis berat).

Sehubungan itu, tahap kepekaan dalam mengenal pasti bahan yang digunakan dalam sesuatu produk perlu diberi perhatian, khususnya bagi barangan seperti berus yang berpotensi menggunakan bulu haiwan sebagai komponen utama.

Baca juga: 11 Idea Tema Pelamin Untuk Majlis Perkahwinan Paling Gah & ‘Trending’ Untuk Tahun 2026!

CIRI-CIRI BERUS BULU BABI, CHECK SEBELUM TERBELI

berus bulu babi

Salah satu cara untuk mengenal pasti kehadiran babi dalam sesuatu produk adalah melalui pengesanan bulu dan kulit babi.

Berikut merupakan ciri-ciri bulu babi yang boleh diperhatikan:

Keras (stout bristle hairs) – Bulu babi lebih tebal dan keras berbanding bulu haiwan lain.

Bercabang pada hujung (flagged tips) – Setiap bulu akan mempunyai hujung bercabang, biasanya tiga cabang.

Lubang kulit khas – Kulit babi mempunyai tiga titik berlubang, dan setiap lubang ini mengeluarkan sehelai bulu, salah satunya bercabang tiga di hujung.

Dalam analisis makmal, terdapat beberapa kaedah umum yang digunakan untuk mengesan kehadiran bulu atau kulit babi:

1. Ujian pembakaran

Apabila bahan dibakar, bau rambut terbakar akan terhasil sekiranya bahan tersebut berasal daripada haiwan.

2. Penggunaan pelarut khas

Larutan 5% Sodium hydroxide boleh digunakan. Jika bahan larut, ini menunjukkan kehadiran ciri-ciri haiwan.

berus bulu babi

3. Pemeriksaan mikroskopik

Menggunakan Scanning Electron Microscope (SEM), sampel diperiksa untuk melihat liang tembus pada kulit. Kulit haiwan biasanya mempunyai liang yang tembus sehingga ke lapisan dalam.

4. Rentas lapisan kulit 

Mikroskop juga digunakan untuk melihat struktur lapisan kulit bagi menentukan jenis haiwan yang sebenar.

Melalui kaedah-kaedah ini, kehadiran bulu atau kulit babi dalam produk boleh dikenal pasti dengan lebih tepat.

Memahami ciri-ciri berus bulu babi dan kulit serta kaedah pengesanan yang betul amat penting bagi umat Islam. Ia bukan sahaja membantu memastikan pemilihan produk harian bebas daripada unsur haram, malah menjaga kesihatan daripada risiko penyakit yang boleh dibawa oleh haiwan ini.

Baca juga: Buat Teknik 30 Minit Sebelum Tidur Ini Boleh Wangikan Bilik, Paling Syok Elektrik Pun Jimat!

Sumber: Facebook Faridzoh Abd Rahman

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×