Euforia Bola 2026
Asuh

Anak Kaca (Glass Child Syndrome) – Bila Anak Rasa Tak Wujud Bila Semua Perhatian Pada Adik-Beradik Lain

anak kaca

Fenomena anak kaca, atau dalam istilah Inggeris disebut Glass Child Syndrome, berlaku apabila seorang kanak-kanak merasa seperti tidak wujud dalam keluarga sendiri sewaktu kecil. Suara mereka tidak dipedulikan, keperluan diketepikan dan perhatian ibu bapa hanya tertumpu kepada adik-beradik lain yang dianggap “lebih susah”.

Seperti kaca, mereka sebenarnya ada tetapi pandangan orang menembus tanpa melihat wujudnya mereka. Istilah ini bukanlah istilah klinikal, namun ramai yang boleh berkait dengannya.

Baca juga: [TERKINI] Muhammad Ammar Ditukul Bapa Saudara, Sudah Meninggal Dunia Selepas Seminggu Bertarung Nyawa

KENALI CIRI-CIRI ANAK KACA

anak kaca

Gambar: Aiman Psikologi

Anak kaca merujuk kepada anak yang membesar bersama adik-beradik yang mempunyai cabaran kesihatan, perkembangan atau tingkah laku.

Oleh kerana fokus ibu bapa lebih kepada adik yang memerlukan, anak kaca ini sering menjadi senyap, berdikari dan dianggap “senang jaga”. Sedangkan di dalam hati mereka menyimpan luka kerana berasa terpinggir.

Mereka belajar untuk tidak menyusahkan sesiapa. Mungkin pernah cuba mendapatkan perhatian, tetapi gagal. Lama-kelamaan, mereka memilih untuk memendam, supaya tidak lagi kecewa.

Namun, kesannya terbawa sehingga dewasa seperti mudah penat emosi, susah meminta tolong dan selalu berasa diri tidak bernilai walau sesukses mana sekalipun.

Baca juga: Ramai Ibu Bapa Risau Siapa Patut Jaga Anak OKU Mereka Jika Meninggal Dunia, 5 Pilihan Ini Anda Perlu Tahu!

Menurut Aiman Psikologi, tanda-tanda seseorang mungkin “anak kaca” adalah:

  1. Rasa tak wujud sejak kecil: Sering dianggap “senang jaga” tetapi sebenarnya anda belajar untuk tidak menyusahkan orang lain dan terasa seperti tidak diperhatikan.
  2. Terlalu berdikari: Terpaksa urus diri sendiri sejak kecil, masak, buat kerja sekolah, tahan tangisan, jadi dewasa sebelum waktunya. Akibatnya, susah minta tolong walau letih.
  3. Konflik dalaman: Sayang adik-beradik tetapi rasa marah kerana perhatian ibu bapa tidak adil. Rasa bersalah muncul sebab adik lebih memerlukan, menimbulkan emosi bercampur.
  4. Menjadi “People Pleaser”: Sentiasa cuba jaga keamanan rumah dan gembirakan orang lain, sehingga keperluan emosi sendiri sering dikorbankan. Dewasa ini, sukar berkata “tidak”.
  5. Rasa diri tiada nilai: Kerana perhatian sering diabaikan, anda rasa hanya berjaya, hebat atau sempurna baru layak disayangi, walaupun sebenarnya berjaya pun masih rasa kosong.

Berita baiknya, keadaan ini bukan salah sesiapa. Ia adalah cara minda kita beradaptasi untuk bertahan dalam persekitaran yang menyakitkan. Namun, setelah dewasa, luka lama itu mula “meletup” kerana sudah sampai hadnya.

Ini masa untuk anda memulakan proses penyembuhan:

  • Suarakan apa yang dulu tak sempat anda luahkan.
  • Belajar minta tolong tanpa rasa bersalah.
  • Letak sempadan supaya anda tak selalu perlu jadi ‘penyelamat’.
  • Kenal semula diri anda bukan sekadar sebagai “si kuat”, tapi sebagai manusia yang layak disayangi walaupun anda tak sempurna.

Baca juga: Baru Usia 3 Tahun Tapi Bercakap Lancar Macam Orang Dewasa, Ibu Ini Kongsi 10 Tips Didikannya Anak Cepat Bertutur

Sumber: Aiman Psikologi

FT Image: Aiman Psikologi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×