Tindakan seorang guru membawa kain kanvas besar semata-mata untuk melindungi murid-murid sekolah rendah ketika redah hujan telah mencuri perhatian ramai di media sosial.
Video berdurasi 30 saat yang tular di TikTok memaparkan gelagat sekumpulan murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Bebuloh, Labuan, sedang meredah hujan dengan berlindung di bawah kanvas yang dipegang oleh seorang guru.
Baca juga: Siasatan Kes Zara Qairina, KPM Ambil Langkah Pindahkan Pengetua, PK Hem & Warden Sekolah
CIKGU REDAH HUJAN GUNA ‘PAYUNG’ BESAR DENGAN PELAJAR TARIK PERHATIAN

Apa yang menyentuh hati apabila kesungguhan guru tersebut memastikan semua murid berjalan ke arah bangunan sekolah dalam keadaan selamat dan kering, meskipun hujan turun dengan lebat.
Dengan menggunakan kain kanvas panjang sebagai pelindung, guru itu berjalan bersama murid-murid sambil memastikan tiada seorang pun yang terkena hujan.
Aksi spontan dan prihatin itu menerima pujian ramai warga maya yang menyifatkan guru tersebut sebagai contoh teladan yang sebenar dalam dunia pendidikan.
Ramai menyatakan rasa kagum terhadap keprihatinan guru berkenaan yang sanggup berkorban demi keselesaan dan keselamatan anak didiknya.
“Inilah definisi sebenar seorang pendidik. Bukan sekadar mengajar, tetapi juga melindungi dan menyayangi,” tulis seorang pengguna TikTok.
Tindakan mulia itu membuktikan bahawa nilai kasih sayang, tanggungjawab dan inisiatif seorang guru mampu memberi kesan besar bukan sahaja kepada murid, malah kepada masyarakat.
Dalam suasana pendidikan hari ini yang sering berdepan pelbagai cabaran, tindakan seperti ini mengingatkan kita bahawa guru bukan sekadar penyampai ilmu, tetapi pelindung yang sejati.
Baca juga: Fadhlina ’Warning’ Tiada Kompromi Jika Guru Vape Di Sekolah, Denda RM10K Atau Dipenjara!
Sumber: TikTok ChungHae
