Euforia Bola 2026
Famili

Selepas Hilang Seluruh Keluarga Akibat Covid-19, Cikgu Param Terbaring Lemah Kerana Tumor & Mohon Bantuan!

cikgu param

Cikgu Param kini berdepan ujian kesihatan berat selepas menjalani pembedahan membuang tumor pada tulang belakang, sekali gus menambahkan deretan dugaan besar yang telah dialaminya sejak beberapa tahun lalu.

Menerusi perkongsian sahabatnya, Firdaus Mokhtar, kisah Cikgu Param atau nama penuhnya Muhammad Farhan Param sememangnya sarat dengan ujian hidup yang tidak mudah ditanggung oleh sesiapa pun.

Baca juga: Guru Malaysia Terkejut Didesak Tinggalkan Jepun Melalui Nota Di Pintu Rumah, “Pulanglah Ke Negara Kamu”

cikgu param

Pada tahun 2021, Cikgu Param disahkan menghidap Covid-19 tahap empat. Dia terselamat, namun takdir tidak memihak kepada ibu, bapa dan abangnya yang meninggal dunia akibat jangkitan tersebut.

Sejak itu, dia hidup bersendirian di rumah keluarganya di Cheras.

Setahun kemudian, pada 2022, Cikgu Param memeluk Islam dan mengucap dua kalimah syahadah. Firdaus menyifatkannya sebagai seorang yang tabah, memilih untuk terus mendekatkan diri kepada Allah walaupun diuji bertubi-tubi.

Bagaimanapun, ujian kembali hadir apabila pada Mei 2024, dia dikesan mempunyai tumor pada tulang belakang. Ogos 2025 lalu, pembedahan besar dilakukan bagi membuang ketumbuhan berukuran hampir lima inci.

Namun, kesan selepas pembedahan cukup besar.

Menurut Firdaus, badan Cikgu Param sering kebas, pergerakan terhad dan dia tidak mampu berjalan seperti sebelum ini. Dia juga terpaksa memakai lampin pakai buang dan bergantung kepada fisioterapi di rumah bagi menguruskan pergerakan harian.

Lebih membebankan, kos keperluan asas serta rawatan susulan mencecah lebih RM4,000 sebulan.

“Selepas pembedahan, badannya selalu rasa kebas dan tidak boleh berjalan macam dulu. Pergerakan jadi terhad, kena pakai pampers juga. Dia tinggal seorang dan urusan harian sering terganggu.

“Dan kos sangat tinggi. Pampers, ubat-ubatan, makanan macam orang pantang dan fisioterapi kena buat di rumah. Ini saja makan belanja lebih RM4000 sebulan,” jelasnya lagi.

Oleh kerana tinggal seorang diri, urusan hariannya semakin sukar dan memerlukan sokongan penuh.

Maklumat akaun bank untuk orang ramai salurkan bantuan

cikgu param

Muhammad Farhan Param merupakan nama Islam Cikgu Param yang sebelumnya adalah Parameswaran AL Kunaseiga.

Prihatin dengan keadaan sahabatnya itu, Firdaus tampil berkongsi cerita dan mengajak orang ramai untuk membantu meringankan beban yang ditanggung Cikgu Param. “Cikgu Param minta tolong kalau ada yang sudi bantu urusan dia,” tulisnya.

Untuk memudahkan sumbangan, Firdaus turut menyertakan maklumat akaun bank bagi mereka yang ingin membantu. Orang ramai boleh menyalurkan bantuan melalui akaun:

  • Maybank 1141 3305 5387 (Parameswaran AL Kunaseiga).

Kisah Cikgu Param mengingatkan kita bahawa setiap insan diuji dalam bentuk berbeza, namun ketabahan dan keikhlasan menerima takdir menjadikan seseorang itu lebih kuat daripada yang disangka.

Baca juga: 3 Individu Panjat Papan Tanda Jalan Ikut Trend “Maui Wowie”, DBKU Bakal Ambil Tindakan Lapor Polis!

cikgu param

Gambar media sosial: Cikgu Param (empat dari kanan) bergambar bersama Ustaz Yaakub (lima dari kanan) dan jemaah Masjid Taman Bandar Baru, pada 2022.

Terdahulu, media melaporkan kisah pengalaman Cikgu Param yang memeluk agama Islam dan mengucap kalimah syahadah di Masjid Taman Bandar Baru, Sungai Lalang selepas solat Jumaat, pada 9 September 2022.

Beliau melafazkan dua kalimah syahadah di hadapan Pengarah Urusan Murtadha Dakwah Centre, Mohammad Yaakub Yusra Mohd Yusof selain disaksikan beberapa jemaah lain termasuk sahabat handai.

Menurutnya, beliau sudah lama berhasrat memeluk Islam dan kejadian hitam apabila tiga ahli keluarga iaitu ibu, bapa dan abangnya meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 pada 2021, menguatkan lagi keinginannya itu.

Baca juga: Ibu Tergamam Anak Ada ‘Simpanan Rahsia’, Dalam Beg Sekolah Padat Dengan Wang Tunai RM767!

Sumber: Firdaus Mokhtar / Harian Metro

FT Image: Firdaus Mokhtar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×