Menerusi hantaran di laman media sosial milik pengguna Threads, dia meluahkan rasa kecewa apabila tindakan tiga orang cikgu mengata pelajar ketika waktu rehat mereka.
Wanita berkenaan menjelaskan bahawa anak murid sendiri dijadikan bahan jenaka kerana salah seorang pelajar ayahnya memiliki kedai cuci kereta. Seorang lagi dikritik kerana tudungnya yang tidak kemas.
Baca juga: Ibu Terkejut Bila 70,000 Lolipop Sampai Depan Rumah, Rupanya Anak ‘Order’ Sendiri!
3 CIKGU MENGATA PELAJAR KETIKA WAKTU REHAT, SIAP HINA PEKERJAAN SI AYAH

Sekadar gambar hiasan
“Kepada tiga cikgu muda yang habiskan masa lunch break makan dekat Melawati tadi mengata anak murid, satu je pesanan saya, pergi cari kerja lain dan jangan jadi cikgu.
“Buat lawak pasal student yang ayah dia ada kedai cuci kereta, pasal tudung anak murid kebelakang dan macam-macam lagi. Sakitnya hati dengar tadi. Mulut memang jahat. Habis semua anak murid mereka gelakkan dan ada yang menghina. Sebab itu sebahagian cikgu, tak layak pun jadi cikgu,” luah wanita itu dalam kemarahan.
Menghina murid kerana latar belakang keluarganya bukan sahaja tidak profesional, tetapi juga tidak wajar. Itu menunjukkan betapa empati semakin terhakis dalam dunia pendidikan.
Dalam hantaran itu juga, wanita berkenaan menyatakan dia tidak sempat menegur perbuatan ketiga-tiga cikgu itu kerana berada dalam keadaan terkejut dan sedih.
“Mana yang tanya kenapa tak tegur, masa itu saya sangat marah dan sedih. Saya terfikir kalaulah anak saya jadi bahan jenaka. Saya tak rasa saya boleh kawal perasaan marah bila tegur mereka. Saya masuk pejabat dan menangis sebab kecewa sangat,” ujarnya.
Meninjau di ruangan komen, ada juga yang berkongsi pengalaman sama di mana cikgu mengata anak murid di dalam bilik guru.
“Dalam bilik guru lagi dahsyat mereka punya sembang. Jangan curi-curi dengar kalau tak nak mental. Kalau dengar dan berani, boleh tegur terus. Kalau tak, buat tak dengar sahaja.
“Anak saya baru masuk tingkatan satu dan jadi penolong kelas. Jadi selalu tengok situasi di sekolah, terkejut dengar percakapan cikgu-cikgu. Agak kurang ajar dan suka mengata orang. Cikgu sekarang tak macam dulu-dulu,” tulis pengguna media sosial.
Walau bagaimanapun, bukan semua guru begitu kerana masih ramai lagi guru yang berdedikasi, menyayangi pelajar dan menjunjung tinggi etika dalam pekerjaan.
Baca juga: Pemilik Kedai ‘Dessert’ Saman Adik-Beradik Bernilai RM1.5 Juta, Dakwa Dianiaya…
Sumber: Threads
